Wednesday, May 6, 2009

BICARA HATI (Bab3)


Selesai jamuan makan malam, maka lengkaplah majlis gilang-gemilang bagi Tengku Ismail dan Tengku Badariah sekeluarga.Semua tetamu dan para jemputan sudah pulang.Hanya tinggal sahabat–handai terdekat.
Zahllia masih leka berbual-bual dengan beberapa orang saudara-mara Tengku Syahran.Kelihatan begitu mesra sekali.Tiba-tiba sahaja Tengku Syahran duduk di sisi Zahlia sambil tangannya diletakkan di atas paha wanita itu.
Zahlia terkejut.Hendak ditepis, nanti apa pula kata saudara-mara di hadapannya.Mahu tidak mahu, perbuatan Tengku Syahran terpaksa dibiarkan.
“Alia, kita jumpa ayah sekejap.Ada hal yang abang nak bincangkan tentang cadangan Alia tadi.”
Bergetar gegendang telinga Alia mendengar ucapan itu.Dia tidak sangka Tengku Syahran boleh berkata begitu.Heeiii…bahasakan diri abang.Yearkk… geli-geleman tekak aku.
“Sekarang ke?”
“Yalah.Habis tu nak tunggu bila lagi?” jawab Tengku Syahran sambil melirikkan mata ke arah sepupunya yang sejak tadi tersengih penuh makna.
“Jomlah.” Tengku Syahran menarik tangan Zahlia dan sama-sama melangkah mendapatkan Tengku Ismail.
Kemudian mereka bertiga memilih taman mini sebagai tempat perbincangan yang jauh dari keluarga dan saudara-mara.
“Betul ke ini rancangan kamu? Nanti apa pulak kata mak kamu?” soal Tengku Ismail sayu dengan rancangan Tengku Syahran.
Zahlia membisu.Tersentuh hatinya melihat keresahan yang terpancar di air muka ayah mentuanya.
“Kalau ikut saya ayah, memang saya tak kisah tinggal di sini.Tapi, Alia yang beria-ria nak pindah.Katanya senang nak ke tempat kerja.” Selamba ayat itu diucapkan oleh Tengku Syahran .
Zahlia terkedu mendengarnya.Kurang ajar betul mamat ni! Nak beritahu ayah dia tentang cadangan aku pun janganlah depan-depan aku, rungut hati kecilnya.
“Alia, betul ke apa yang Syah cakap? Kenapa tak nak tunggu dua, tiga bulan lagi? Ini belum pun sampai satu hari kamu berdua menjadi suami isteri, dah nak pindah,” rayu Tengku Ismail.
Zahlia tidak berani memandang wajah ayah mentuanya.Wajah lelaki yang separuh abad itu benar-benar menyucuk nalurinya.Terasa sayang pula Zahlia kepada ayah mentuanya walaupun baru beberapa kali mereka berjumpa sebelum hari perkahwinannya.
“Kalau mak kamu tahu bagaimana? Kecil hati dia nanti,” ujar Tengku Ismail lagi.
“Ayah, Alia sebenarnya tak kisah tinggal di sini.Tapi, seperti yang abang cakap, Alia nak ke tempat kerja senang.Tu yang Alia ingat nak cari rumah dekat-dekat situ aje.Lagipun tempat kerja abang tak jauh dari tempat Alia.Kan, bang?” panjang lebar Zahlia bercakap.Kata-kata itu tidak pernah terlintas di benaknya sebelum ini.
Tengku Syahran mengangguk tetapi di dalam hatinya, geli hati.Lucu dengan jawapan yang baru diluah oleh Zahlia.Nama tempat Zahlia bekerja pun dia tak tahu.
“Kalau kamu duduk di sini pun, bukannya susah.Tu, Pak Cik Osman kamu ada, dia boleh tolong hantarkan kamu, kalau kamu malas nak drive.Tak pun suruh aje Syah hantarkan.Dia kan dah jadi suami kamu.Kalau payah sangat,kamu berhenti ajelah Alia.Kerja dengan ayah.”
Zahlia terkesima dengan jawapan ayah mentuanya.Terus dia tunduk merenung meja kayu yang seni rekanya begitu unik.Jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja yang rata dan licin itu.Tengku Syahran hanya membisu.Tiada tanda-tanda hendak membantu isterinya yang kehilangan hujah.
Biar Alia tahu, bukan senang nak pujuk Tengku Ismail.Apa, dia ingat dia seorang saja yang boleh besar kepala? Mentang-mentang kemukakan banyak syarat, ingat aku takut agaknya? Elehh… aku pun boleh tolak kalau nak! Cuma cara aku halus sikit.Reverse psychology ! Bisiknya di dalam hati.
“Tak mahulah,ayah.Buat apa Alia nak berhenti.Lagipun kalau Alia berhenti mengajar, tempat tu tak cukup cikgu.Zaman sekarang ni, ayah bukan tak tahu.Mana ada orang muda yang mahu kerja sukarelawan yang gaji sikit.Nanti, kesian anak-anak yatim tu,” bantah Zahlia bersungguh-sungguh.
“Ikut suka kamulah, kalau kamu nak terus kerja di situ.Tapi, hal pindah rumah ni ayah betul-betul tak setuju.Ayah bukan apa Alia, Syah… ayah dengan mak kamu dah tua.Dah tak lama di dunia ni.Jadi, ayah tak mahu anak menantu ayah duduk jauh-jauh selagi ayah masih hidup.”
Sedih hati Zahlia mendengar luahan hati ayah mentuanya.Dia menelan air liur yang begitu payah dirasakan.
“Ayah jangan cakap begitu.Ayah buat Alia berat hati.”
“Memang ayah sengaja buat kamu rasa macam tu.Kamu tu menantu ayah, Alia.Menantu yang satu-satunya ayah ada sekarang ni.Jadi, ayah merayu pada kamu, janganlah tinggalkan villa ni.Ayah yakin dengan adanya kamu,Villa Sakura ni akan berseri kembali.”
Fikiran Zahlia buntu memikirkan permintaan Tengku Ismail.Lain yang dirancang, lain pula yang jadi.Maha Suci ALLAH, tiba-tiba benaknya terasa berat untuk meninggalkan villa itu.Permintaan ayah mentuanya merupakan satu arahan buatnya.Peluang untuknya menolak memang tiada walaupun satu peratus.Dengan hati yang lemah, Zahlia mengangguk setuju.
“Baiklah ayah.Alia batalkan niat nak pindah rumah,” ujar Zahlia lembut.
Tengku Ismail berasa lega.Tengku Syahran pula tersenyum bangga.
“Tapi…”
“Tapi kenapa?” tanya Tengku Ismail.
Zahlia menoleh pada Tengku Syahran dengan wajah menahan geram.Dia sakit hati melihat suaminya itu dalam keadaan tenang.
“Abang tak kisah ke kalau Alia buat keputusan tak jadi pindah?” tanya Zahlia.
Tengku Syahran ketawa kecil.
“Tak kisah Alia.Keputusan Alia keputusan abang jugak.” Tengku Syahran menjawab sambil tersenyum.
“Aikk, apa yang dibualkan ni?” sapa Tengku Badariah mengejutkan mereka.
“Eh… Yah! Sejak bila Yah ada kat sini?” soal Tengku Ismail.
“Yah baru aje hantar Datin Rohana dengan Linda ke kereta.Ingatkan nak ke dapur, ternampak abang dengan anak menantu kat sini.Berbual apa ni?”
“Emmm… abang bersembang kosong aje.Sambil-sambil tu nasihatkan budak-budak ni tentang rumah tangga.Kawan Yah tu dah baliklah ya?”
“Abang jangan nak mengumpat kawan baik Yah.Kasihan Yah tengok Linda tu.Macam kempunan aje?” ujar Tengku Badariah.
“Memang kempunan.Kempunan nak naik pelamin dengan Syah!” usik Tengku Ismail.
Tengku Syahran meluat mendengar kata-kata emaknya.Matanya melirik ke arah wajah Zahlia yang bersahaja.Dia tahu Zahlia tidak berkecil hati dengan isu mereka sekarang.Apatah lagi ingin cemburu!
“Mak tak mahu berehat ke? Dah lewat ni!” soal Tengku Syahran memesongkan topik yang baru tercetus.
“Mak tak rasa penat lagi.Entahlah… seronok dapat menantu agaknya,” luah Tengku Badariah riang.
“Yah, abang tak nampak Ida dari tadi.Kenapa dia tak datang?” tiba-tiba Tengku Ismail bertanya.
Tengku Badariah mengelu seketika.
“Mak Nah sakit lagi bang! Makin teruk kata si Ida,” jawab Tengku Badariah.
“Balasan dialah tu.Suka menganiaya orang.”
“Hisy… abang ni tak baik.Buruk-buruk pun mak saudara Yah jugak!”
Tengku Ismail mengeluh mengingatkan nasib adik sepupu iparnya itu.
“Kasihan abang tengok si Ida tu.Merana betul zaman mudanya.”
“Entahlah bang.Orang tak suka tengok orang lain lebih sikit.Ada aje hasad dengkinya itu.”
“Dahlah anak entah ke mana!” Tengku Ismail mengeluh lagi.
Tengku Syahran dan Zahlia mendiamkan diri.
“Lega hati mak, kamu dah kahwin Syah.Tercapai impian mak nak tengok kamu naik pelamin,” ujar Tengku Badariah tiba-tiba.Matanya tepat memandang anak lelaki keduanya.
Zahlia terharu mendengar ucapan yang baru lahir dari mulut emak mentuanya.Bagaimana agaknya hati wanita ini bila mengetahui cerita sebenar?
“Sekarang mak dah ada cucu perempuan.Alia, lahirkan mak cucu lelaki pulak,” pinta Tengku Badariah membuatkan Zahlia tergamam.
Segera matanya melirik ke arah Tengku Ismail yang sedang tersenyum-senyum itu.Matanya di alih ke arah Tengku Syahran yang juga sedang tersengih penuh makna.Kenapa dengan Syah ni? Selamba je.Mak dia tengah mintak yang bukan-bukan, dia boleh tersengih macam kerang busuk.Baik!! Aku guna cara aku! Hatinya memberontak.
“Bolehkan Alia?” soal Tengku Badariah lagi.
Zahlia mengetap bibir.Wajahnya tunduk dan sesekali jari telunjuknya menggaru-garu dahi yang tidak gatal.
“Alia?” sapa Tengku Badariah lagi.
Zahlia menarik nafasnya dalam-dalam.
“Mak tanyalah pada abang.Kalau abang mahu anak dalam masa setahun ni, Alia tak kisah.” Tiba-tiba Zahlia menjawab.
Tengku Ismail dan Tengku Badariah berpandangan.Manakala Tengku Syahran bagaikan tidak percaya dengan jawapan yang baru didengarnya.
“Kalau itu jawapan Alia, mak gerenti Syah takkan membantah.Dia mesti ikut cakap mak,” jawab Tengku Badariah dalam nada gembira.
“Tapi, sebelum kahwin, abang dah pesan yang dia tak mahu anak dalam setahun ni.Susah katanya! Kalau ikut Alia, memang Alia nak, mak,” ujar Zahlia lagi.
Tengku Syahran makin terkejut mendengar kata-kata itu.Beraninya dia!
“Eh, apa pulak begitu? Anak kan pembawa rezeki.” Tengku Badariah berkata seolah-olah marah.
Zahlia mengerling ke arah Tengku Syahran dengan senyuman yang sedikit terukir di riak wajahnya.Lelaki itu sedang mengerutkan dahi.
“Biarlah Yah oi! Mereka dah merancang.Lagipun buat apa ada anak awal-awal? Biarlah mereka merasai hidup berdua lama-lama sedikit.” Tiba-tiba Tengku Ismail menyampuk.
Tengku Syahran masih tidak lepas merenung wajah isterinya.Wah, pandainya dia mengenakan aku.Jaga dia!
“Laa… abang ingatkan Alia yang tidak mahu beranak awal.Abang cakaplah macam tu.Alia pun bukannya nak beritahu abang yang Alia nak anak cepat.” Tanpa diduga Tengku Syahran berkata.
Zahlia mula mencari ayat yang sesuai untuk membalas.
“Maknanya abang tak kisah ada anak dalam masa setahun ni?” soal Zahlia kepada Tengku Syahran.
Biar benar perempuan ni! Suka-suka berjanji dengan mak aku.Kalau mak aku tuntut macam mana? Dahlah kahwin pun tak tentu hala, bisik hati kecil tengku Syahran.
“Abang?” suara gemersik itu berbunyi.
Tengku Syahran tersentak.Entah mengapa tiba-tiba Tengku Syahran mengangguk.Tengku Badariah dan Tengku Ismail tersengih.
“Mak bersyukur dapat menantu macam Alia ni.Pandai Syah cari,” puji Tengku Badariah.
Zahlia ketawa kecil.
“Janganlah puji sampai macam tu mak.Malu Alia,” jawab Zahlia malu-malu.
Tengku Ismail tersenyum melihat keramahan menantunya itu.Sedangkan Tengku Syahran masih membisu mancari jawapan sebenar tentang permintaan Tengku Badariah tadi.
Okeylah mak, ayah.Alia naik dulu.Nak rehat.Lagi lama Alia kat sini,lagi kembang hati Alia dibuat mak,” tambahnya.
Tengku Badariah dan Tengku Ismail ketawa.

Saturday, April 25, 2009

BICARA HATI (BAB 2)

BAB 2
MAJLIS perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia telah diadakan secara besar-besaran bagi meraikan kedatangan orang baru di Villa Sakura. Walaupun Tengku Badariah sedikit terkilan dengan keputusan anaknya mengahwini orang kebanyakan, namun dia terpaksa juga menerima hakikat tentang jodoh pertemuan di tangan yang Maha Esa.Kini dia redha dengan kehendak anak keduanya yang beria-ria minta dikahwinkan segera dengan pilihan hatinya.Nak buat macam mana kalau dia dah suka? Ikutkan ajelah.Lagipun perempuan tu nampak dari golongan yang baik-baik.Pakai tudung, kelakuan pun sopan.Emmm… ada chance lah aku dapat cucu dalam setahun dua ni!Bisiknya di dalam hati.“Yah, apa yang awak menungkan tu?” soal Tengku Ismail apabila mendapati isterinya tidak mengikuti topik perbualan.Tengku Badariah terkejut seketika.“Hah, tak ada apa-apalah bang! Yah tengah perhatikan menantu kita tu.Sopan orangnya kan, bang?” beritahu Tengku Badariah.“Sopan, lawa! Teringat awak masa muda-muda dulu,” ujar Tengku Ismail sambil ketawa kecil.Tengku Badariah menoleh ke arah suaminya.“Jadi, sekarang ni Yah dah tak lawa lagi ke?”“Bukan begitu maksud abang! Apa yang abang perhatikan, Alia tu bakal jadi isteri yang baik seperti Yah,” beritahu Tengku Ismail.“Yalah abang tu!”“Ya! Lagipun biarlah Syah kahwin dengan pilihan dia.Kalau kita pilihkan isteri untuk dia, takut bukan taste dia.Peristiwa yang terjadi pada Kimi betul-betul buat abang serik,” ujar Tengku Ismail secara jujur.“Yah pun rasa berdosa pada Kimi bang! Disebabkan Yahlah, dia kena tanggung semuanya ni.Itu pun Alhamdulillah Jasmin pergi tak bawa Murni sekali,kan bang?” Tengku Badariah berkata sambil mengingati cucu sulungnya yang berusia lima tahun.“Em…syukurlah,” ringkas Tengku Ismail menjawab.“Tapi Yah sebenarnya sedih jugak sebab Syah pilih sendiri jodoh dia.Kalau Syah kahwin dengan Linda,Yah lagi suka,” balas Tengku Badariah.“Yah nak jodohkan dia dengan Linda? Hisy…simpang malaikat empat puluh empat.Abang tak berkenan sungguh dengan anak Datin Rohana tu.Perangainya melebihi orang barat.Pakai baju terbelah sana.Terbelah sini,” rungut Tengku Ismail.“Abang jangan nak mengata anak kawan Yah.”“Abang cakap apa yang betul.Abang memang tak berkenan dengan Linda tu,” bidas Tengku Ismail.Tengku Badariah mula menarik muka masam.“Abang memang begitu,semua kawan Yah tak elok.Kawan abang ajelah yang baik,” rajuk isterinya.Tengku Ismail ingin ketawa tetapi ditahannya.Tengku Badariah memang pantang jika kawan-kawannya diumpat.Persahabatan pada Tengku Badariah terlalu suci untuk dipersoalkan.“Abang tak cakap semua kawan Yah macam tu! Cuma segelintir saja yang abang tak berkenan perangainya.”“Ah, malaslah nak layan abang!” Tengku Badariah terus melangkah pergi.Tengku Ismail memandang Tengku Badariah yang melangkah semakin jauh.Kepalanya digeleng apabila kelibat isterinya itu hilang di sebalik kanopi dan orang ramai yang ada di situ.Para tetamu sudah semakin ramai memenuhi ruang legar pekarangan Villa Sakura.Taman mini yang tersedia di tepi sudut sebelah kanan villa itu menarik perhatian ramai.Sehingga ada yang duduk berbual di situ sambil menikmati pemandangan air terjun buatan yang menyerikan suasana.Di sudut bertentangan tersusun kerusi kayu berukir yang ditempah khas dari China.Di kelilingnya terdapat pasu-pasu kecil bunga kertas yang beraneka warna.Di kejauhan, kelihatan Tengku Syahran sedang leka memerhati Zahlia yang berada di taman mini itu.Dia sedang rancak berbual dengan tetamu yang hadir.Sesekali wanita itu ketawa dan berbual dengan saudara-mara yang suka mengusik.Tengku Syahran tersenyum.Pandai betul dia berlakon! Mujurlah pandai bawa diri.Bukan senang nak bergaul mesra dengan orang-orang kenamaan yang banyak karenah, bisiknya.“Syah!!!” Tengku Syahran tersentak apabila namanya dipanggil.Dia berpaling apabila bahunya dicuit.Abangnya, Tengku Hakimi sedang tersengih memandangnya.“Apahal kau tenung isteri kau tu lama-lama? Kalau ya pun sabar-sabarlah sikit,” usik abangnya.“Along ni merepek ajelah!”“Apa yang merepeknya.Hei, along dah ada pengalaman tau! Kau ingat along tak nampak apa yang kau buat tadi? Perhatikan Alia macam nak telan.Along pun pernah rasa perasaan tu Syah,” tambah Tengku Hakimi lagi.Tengku Syahran bersikap selamba.Entah perasaan apa yang dimaksudkan oleh Tengku Hakimi tidak pula dia terfikir.Yang dia ingat, dia sedang leka memerhatikan Zahlia tanpa apa-apa perasaan berdebar atau gementar.“Along ni suka-suka mengata orang.”“Along cakap ikut pengalaman.Kan along lebih dulu makan garam, lebih dulu rasa nikmat rumah tangga,” ujar Tengku Hakimi sambil membelai rambut Tengku Murni.Tengku Syahran memandang wajah Tengku Murni.Cantik, macam mamanya Raja Jasmin.Namun dia berasa kasihan dengan Tengku Murni.Kecil-kecil lagi sudah kehilangan kasih sayang mama.Pada Tengku Syahran, Raja Jasminlah yang bertanggungjawab di atas penderitaan abangnya dan anak buahnya itu.“Kau tak temankan Alia? Kasihan dia melayani tetamu sorang-sorang tu.”“Tak apa bang.Biar dia biasa dengan keadaan rumah kita bila ada majlis keramaian macam ni.Baru dia tau,” jawab Tengku Syahran tenang.“Kau ni, tak elok kalau orang tengok! Suami isteri kena bertindak mengikut kata sepakat.Bukan dia ke sana, kau ke sini,” nasihat Tengku Hakimi.Tengku Syahran memandang alongnya semula.Ucapan itu terselit makna tersendiri.Mungkinkah along tidak mahu perkahwinan aku menjadi seperti perkahwinannya? Tengku Syahran meneka dalam hati.Raut Tengku Hakimi sudah jelas menyatakan tetapi Tengku Syahran tidak dapat menangkap.“Along bila lagi? Syah tengok Murni ni macam tengah rindukan mama dia.Baik along cari calon cepat-cepat sebelum Kak Min buat tuntutan hak penjagaan sepenuhnya ke atas Murni.” Tengku Syahran terus mengubah tajuk.Tengku Syahran sengaja meluahkan keresahannya sambil mencuit lembut pipi Tengku Murni.Tengku Syahran takut alongnya menderita lagi.Kecurangan Raja Jasmin sudah cukup azabnya.Jangan lagi alongnya menerima hukuman akan kehilangan Tengku Murni pula.Tengku Hakimi terdiam sejenak.Tubuh Tengku Murni dipeluk erat.Dia memikirkan kemungkinan kata-kata adiknya itu.“Entahlah Syah,along pun takut jugak,” ujarnya ringkas.“Sebab itulah Syah harap along kahwin lagi.At least Kak Min tak boleh cari kelemahan along.Konon-konon along tak boleh jaga Murni seorang sebab along ni lelaki,” beritahu Tengku Syahran.Tengku Hakimi membisu sambil matanya memerhati Zahlia yang semakin mendekati.Lama matanya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang berjalan lembut dan penuh sopan.“Di mana kau jumpa Alia? Selama ni kau tak pernah cerita pun? Along ingat nak cari isteri seperti dialah.Ada sifat-sifat keibuan.” Tengku Hakimi berkata.“Along ingat lagi tak tentang accident kereta Syah dulu?”“Ingat! Yang tiga bulan lepas tu, kan?” jawab Tengku Hakimi.Tengku Syahran mengangguk.“Dialah perempuan yang Syah maksudkan tu!”“Oh… dia! Maknanya kau baru kenal dia tiga bulan dan terus jatuh cinta?” soal Tengku Hakimi seolah-olah kurang percaya dengan cerita adiknya itu.“Emm… kuasa ALLAH! Love at first sight,” jawab Tengku Syahran segera.Cuba menyembunyikan keresahan hati dengan soalan yang pelbagai.“Syah…” Tiba-tiba Zahlia bersuara dan menghampirinya.Tengku Syahran menoleh dan Zahlia sudah pun berada di sisinya.Zahlia sempat mencuit pipi Tengku Murni sebelum melemparkan senyuman kepada Tengku Hakimi.“Saya ada hal nak bincang dengan awak sekejap.Kita ke bilik,” beritahu Zahlia.Dahi Tengku Syahran berkerut.Namun hatinya mengucap syukur.Kehadiran wanita itu telah menyelamatkannya dari ditanya dengan pelbagai soalan.“Tentang apa?” tanya Tengku Syahran.Zahlia tidak menjawab.Lidahnya kelu kerana Tengku Hakimi ada di situ.“Adalah… saya tak boleh beritahu kat sini.” Lambat-lambat Zahlia bersuara.“Aikk… Alia! Dah kahwin pun ber’saya’, ber’awak’ lagikah? Cubalah panggil Syah tu dengan panggilan yang manja sikit.Sejuk hati dia.Gelaran saya dan awak tu kan gelaran waktu bercinta,” usik Tengku Hakimi sambil memandang Zahlia.Zahlia menyedari kesilapannya dan seraya tertunduk malu.Dia mula teringatkan syarat yang dikenakan oleh Tengku Syahran.“Along ni tak habis-habis nak menyakat,” marah Tengku Syahran sambil ketawa kecil.“Saya jumpa awak kat atas.” Zahlia segera berlalu.“Pergilah Syah.Dia panggil tu.Nanti merajuk pulak,” gurau Tengku Hakimi lagi.Tengku Syahran bingkas bangun.Ketawanya masih bersisa.Sebelum berlalu dia sempat menumbuk mesra bahu abangnya.Tengku Hakimi faham maksud adiknya.Kemudian dia ketawa lagi dengan tindakan Tengku Syahran.Mula merasai kebahagiaan yang bakal dikecapi adiknya.Tengku Syahran duduk di birai katil yang dibaluti cadar baldu yang berwarna hijau lumut.Dia termanggu seketika.Matanya terus merenung tubuh Zahlia yang sedang berdiri membelakanginya.Apakah jawapan yang harusku berikan? Tengku Syahran mati akal.“Syah cakaplah cepat! Apa yang harus saya buat lagi? Hari tu awak kata caranya senang! Sekarang?”Zahlia bagaikan merayu.Sakit hatinya melihat kelakuan Tengku Syahran yang telah pun sah menjadi suaminya itu.Silap Tengku Syahran yang selamba dan bercakap tidak serupa bikin itu membuatkan hatinya geram.Fikirannya kini terus melayang kepada seorang gadis yang baru dikenali tadi.“MACAM MANA you kenal Syah?” tanya seorang gadis lebih kurang sebaya dengan Zahlia.“Masa accident dulu.Tak sangka jodoh kami bertemu dalam keadaan begitu,” jawab Zahlia tenang.“Oh, ada jugak orang yang baru kenal tiga bulan terus kahwin ya?”Soalan gadis itu mula tidak disenangi Zahlia.Namun, Zahlia cuba menyembunyikan perasaan gementarnya itu.Tetap bersabar.“Siapa tahu kehendak ALLAH,” jawab Zahlia pendek.“Ya, hati orang pun kita tak tahu.Niatnya baik atau buruk! Yalah sejak zaman teknologi mula berkembang sekarang ni, macam-macam virus kita ketahui.Actually, virus tu pun macam manusia jugak.Ada yang elok dan ada yang memudaratkan.Betul tak Zahlia?” ujarnya panjang lebar.Zahlia telan liur mendengarnya.“Just call me Alia.”“Okay.By the way, I’m Hazwin.” Gadis itu menghulurkan salam.Zahlia menyambutnya walaupun kata-kata gadis itu tadi masih terasa menyerap ke lubuk hati.“Alia, Hazwin tu sepupu saya yang paling rapat.Saya yakin setelah awak mengenali dia, awak akan tahu dia tu sebenarnya tak seperti yang awak sangkakan.” Bicara Tengku Syahran menyedarkan Zahlia dari terus mengingati perbualan dinginnya dengan gadis yang dikenali sebagai Hazwin itu.Zahlia mengeluh kecil.“Habis tu, apa saya nak cakap kalau dia datang bersembang dengan saya lagi? Saya dah tak sanggup Syah! Saya tak mahu sepanjang perkahwinan kita, saya kena terus-terusan berbohong di hadapan semua orang! Itu baru Hazwin, kalau Linda bagaimana?” ujar Zahlia.“Alah, pandai-pandailah awak kelentong.Bukannya susah,” jawab Tengku Syahran.“Syah! Awak jangan nak pandai-pandai mengajar saya menipu pulak.Saya tolong awak ni, tak lebih dari untuk membalas budi dan sebab saya perlukan wang.Awak hanya suruh saya berlakon di hadapan keluarga awak.Awak tak beritahu perangai saudara-mara awak yang merimaskan,” jerit Zahlia geram dengan perangai Tengku Syahran.“Eh… janganlah jerit! Nanti orang dengar,” marah Tengku Syahran.“Ah, saya tak peduli! Awak memang nak perangkap saya.Ada niat lain awak mengahwini saya.Awak hanya mahu mengambil kesempatan ke atas diri saya,” jerit Zahlia lagi.Kali ini lebih kuat.Tengku Syahran terkejut.Segera dia menerpa ke arah Zahlia.Mulut Zahlia ditekupnya dengan tapak tangan.Tubuh Zahlia ditolaknya tepat ke dinding.“Diam! Jangan jerit.Aku tak suka dengar.Aku benci dengar perempuan yang suka menjerit!”Zahlia terkesima dengan tindakan Tengku Syahran.Bahasa lelaki itu bertukar kasar tiba-tiba.Wajahnya direnung begitu tajam sekali.Rasa ingin menangis kerana diperlakukan sedemikian rupa.“Bila mereka tanya, kau buka mulut.Bukannya susah! Aku dah bagi kau upah.Ingat, surat perjanjian tu ada pada aku.Sekali kau buat silap, kau tahulah akibatnya.Aku akan tuduh kau perempuan yang bukan-bukan,” ujar Tengku Syahran berbaur ugutan.Berlinang air mata Zahlia jatuh ke pipi.Dia cuba melepaskan diri.Tangan Tengku Syahran ditepis kuat.“Don’t you dare to touch me! Tolong hormati syarat yang patut awak patuhi.” Zahlia berkata dan mula menjarakkan diri dari Tengku Syahran.Zahlia mula menangis teresak-esak.Segera dia mencapai tuala yang tergantung di penyidai dan terus melangkah ke bilik air.Malas dia hendak melayan Tengku Syahran.Tengku Syahran bergerak ke katil.Dia merebahkan tubuh lalu jauh menyimpang.Dia cuba menenteramkan dirinya.Perlahan-lahan dia memejamkan mata.Beberapa minit kemudian, Zahlia keluar dari bilik air setelah lengkap berpakaian.Baju kurung pesak yang baru dipakainya menyerlahkan lagi kulit kuning langsat miliknya.Cuma, kepalanya tidak dilitupi tudung seperti tadi kerana rambutnya masih basah.Tengku Syahran dilihatnya sedang baring di atas katil sambil lengannya diletak di atas dahi.Mata Tengku Syahran yang pejam terus terbuka apabila terdengar derap langkah kaki yang berbunyi.Tengku Syahran terpandang Zahlia.Terkesima sebentar dia melihat diri sebenar Zahlia.Selama ini, dia hanya melihat keadaan Zahlia yang bertudung.Kini nafsu lelakinya tiba-tiba bergelora.Pandangannya masih tajam menjamah tubuh wanita yang sedang menghadap cermin.Rambut lurus Zahlia yang basah direnungnya lama.“Kenapa pandang saya macam tu?” soal Zahlia keras.Gementar hati Zahlia melihat panahan mata nakal Tengku Syahran menjamah tubuhnya.Namun, Zahlia berpura-pura bersikap berani.Terus menyapu losyen di lehernya yang putih.Tengku Syahran menelan air liur.Zahlia tidak peduli dengan renungan itu.“Nanti, awak bincang dengan ayah awak tentang syarat saya yang pertama tu.Saya tak mahu tinggal lama-lama di sini.Makin lama saya dalam rumah ni, makin gila saya melayani karenah awak.Saya nak tinggal di bilik sendiri,” luah Zahlia terus menyedarkan Tengku Syahran dari terus memerhatikannya.Dia tersentak seketika.“Tapi kita baru kahwin.Takkan nak pindah dalam masa terdekat ni? Nanti apa kata mak?” Tengku Syahran cuba memujuk.“Itu masalah awak.Awak pandai-pandailah kelentong.” Sengaja Zahlia menyindirnya.Kemudian Zahlia mencapai sejadah dan membentangkannya.Dia hendak menunaikan solat Asar.Selesai bersolat, dia berdoa.Tengku Syahran masih lagi memerhatikan perbuatan Zahlia.Zahlia tidak ambil pusing dengan renungan itu.Dengan pantas dia mencapai tudung serkup dan disarungkan ke kepala.Diikuti dengan tudung yang tersangkut di tepi almari.Zahlia bersiap-siap untuk turun ke bawah.Zahlia terus melangkah ke arah pintu.Tengku Syahran masih lagi terbaring di atas katil.Rimas dia melihat renungan lelaki itu.Lantas, tombol pintu dipulasnya dan sebelum dia melangkah keluar, sempat dia berpesan.“Solat Asar jangan lupa.Nanti terlepas pulak!”

BICARA HATI

SINOPSIS
Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintainya. Seminggu mengenali Zahlia,Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu.Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia.Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah.Egonya tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan.Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji.Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.Sayangku…BUKAN aku pinta untuk jatuh cinta. Mungkin satu ketentuan bahawa kita memang telah dijodohkan.Aku takut kehilangan teman yang aku sayang dan kehadiran kau memang tepat pada masanya.Aku tidak pasti sebenarnya! Adakah wajar tindakan kita dalam mencipta ikatan yang tidak pernah aku fikirkan selama ini?Tanpa kasih sayang seperti pasangan lain, kau dan aku bersatu! Jangka waktu yang kita ambil untuk menyempurnakan ikatan ini akhirnya telah menghanyutkan kita dengan perasaan sayang anugerah TUHAN. Aku berjaya menempatkan perasaan dalam jiwamu dan kau telah mencuri hatiku ini tanpa aku sedar. Tetapi, mengapa mesti kita berjauhan hanya kerana sedikit rintangan yang datang dalam kehidupan kita? Mengapa harus kau dan aku menjadi mangsa perpisahan ini seandainya kita perlu memendam kerinduan yang amat membebankan? Jadi… janganlah kau meninggalkan aku bersama-sama kerinduan yang hanya akan menjadi milikmu. Pulanglah! Kerana hanya kau yang kurindu…Tatkala sendirian hatiku terdengar degupan cintamu…
Bab 1
“Awak dah gila ke? Awak ingat saya ni perempuan murahan?” marah Zahlia sambil membeliakkan biji mata.Tengku Syahran berasa gerun melihat wajah bengis gadis yang bertudung di hadapannya itu.Nampak lembut tapi garang.Tengku Syahran masih ingat lagi peristiwa seminggu yang lalu.Kereta Honda Preludenya telah dilanggar oleh kereta gadis itu.Tengku Syahran sungguh geram.Ingin sahaja ditengking gadis itu yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai Alia.Dahlah hatiku tengah panas dengan karenah mak yang suka-suka nak kahwinkan aku dengan Linda.Ini pulak, kereta kesayanganku kena balun, bisiknya.“Tolonglah Cik Alia! Cik Alia ajelah yang dapat tolong saya sekarang ni!” rayu Tengku Syahran.“Tapi…” Zahlia jadi serba salah.Memang Zahlia terhutang budi dengan Tengku Syahran kerana tidak meminta wang ketika keretanya dilanggar.Tapi takkanlah kerana ingin membalas budi, dia perlu mengorbankan hidupnya? Menjadi isteri buat lelaki yang baru dikenalinya seminggu yang lalu.“Tolonglah Cik Alia, jadi isteri saya.Itu aje permintaan saya!” Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya.“Arrrghhh!!!” Zahlia menjerit sambil menumbuk-numbuk meja yang ada di hadapannya.Biar satu dunia tahu dan dengar kebuntuannya ketika itu.“Bagaimana? Setuju? Kita kahwin, bukan buat apa.Saya cuma nak minta tolong Cik Alia berlakon depan mak saya aje.Saya janji takkan ganggu Cik Alia selepas segala-galanya selesai.”“Amboi-amboi senangnya awak cakap! Awak tu lelaki, bolehlah cakap macam tu.I’m a woman.kalau ada apa-apa berlaku, lelaki mana yang nakkan saya lagi?” petah Zahlia menghuraikan hujah.Tengku Syahran terdiam seketika.Dia terlupa untuk memikirkan hal itu.Selama ini fikirannya kacau memikirkan paksaan emaknya yang mahu dia berkahwin dengan Linda.Tengku Syahran tidak mahu menurut kerana Linda tidak pernah dicintai.“Mak mahu kamu berkahwin dengan Linda! Mak dah bincang dengan Datin Rohana dan dia setuju!” permintaan emaknya kedengaran lagi.Tengku Syahran memicit-micitkan kepalanya.Tiba-tiba sahaja dia terasa pening.Otaknya berserabut lagi dan dia perlukan seseorang untuk meringankan beban itu.“Encik Syah! Kalau awak nak buat keputusan, fikir dulu masalah yang akan timbul.Ini tak, main rempuh aje.Sorrylah…I can’t accept your offer.”Zahlia bingkas berdiri.Dia berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu.Suka-suka hati dia nak ajak aku kahwin guna cara tu!Gila… dia ingat aku ni perempuan yang senang ditolak dan ditarik sesuka hati.Boleh blahlah!!!“Cik Alia! Saya betul-betul perlukan bantuan Cik Alia.Cik Alia mintalah berapa banyak wang yang Cik Alia mahu, saya sanggup bayar dengan syarat Cik Alia terima tawaran jadi isteri saya.”Zahlia terlopong mendengarnya.Ini dah kes berat.Nahas, kalau mak aku tahu! Hatinya berdetik.“Boleh?”“Encik Syah,please! Jangan paksa saya.Lelaki jenis apa awak ni? Awak ingat kahwin tu perkara main-main ke? Kalau ini caranya nak mencipta ikatan, baik tak usah.Saya tak mahu jadi seorang hamba yang dibenci Allah.Menganggap perkahwinan sesuatu yang boleh ditolak tepi.” Panjang lebar Zahlia berkata seterusnya membuatkan Tengku Syahran terdiam.“Saya tahu tapi saya bingung.Saya tak mahu berkahwin dengan gadis pilihan mak saya.Saya dah masak dengan perangai dia!” Tengku Syahran bersuara lemah.Zahlia membisu.Tidak sangka di zaman berteknologi maklumat masih ada kes pasangan disatukan dengan pilihan keluarga.Kalau aku bantu, aku telah menyelamatkan dia dari keadaan.Tapi, aku pulak yang terjerat.Siapa yang mahu membantuku? Jerit hatinya.“Tolonglah Cik Alia.Kita bernikah seperti biasa.Saya takkan ganggu hak privasi Cik Alia.Perjanjian kita lakukan secara peribadi.”“Dan saya terjebak dalam keluarga awak?”“Tak ada pilihan lain.Itu aje yang mampu saya minta dari awak, please!” Tengku Syahran masih merayu.Zahlia mengalihkan pandangan ke luar restoran.Berharap ada seseorang yang lalu dan dapat membantunya ketika itu.Terbayang wajah Puan Azizah di ruang mata.Teringat Razif yang masih terlantar sakit di hospital dan wajah lembut Fatimah bagaikan menggamit dirinya dengan perasaan berdebar.“Cik Alia, tolonglah…”“Saya takut nak ambil risiko ini.Bagaimana saya nak tahu yang awak ni jujur? Sedangkan kita baru kenal seminggu.Lagipun saya tak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat ni.”“Tapi Cik Alia…”“Tolonglah Encik Syah, jangan ganggu saya lagi.Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak tak mahu terima wang saya.Tapi saya tak mampu nak tolong…maafkan saya,” ujar Zahlia sambil mula hendak melangkah pergi.“Kalau saya tawarkan Cik Alia wang, Cik Alia sudi terima tak?” Tengku Syahran masih tidak berputus asa.Langkah Zahlia terhenti serta-merta.“Jangan ingat dengan tawaran awak tu, saya akan terima! Perkahwinan apa kalau berdasarkan wang tetapi kasih sayang tak ada? Baik awak cari perempuan lain.Saya bukan perempuan jenis tu.Saya takut Hari Akhirat,” ujar Zahlia tenang.Tengku Syahran mengetap bibir.Dia tahu tentang itu.Bukan dia tidak belajar agama.Malah sejak kecil lagi dia telah diajar tentang hukum-hakam ALLAH sehingga guru agama dipanggil datang ke rumah untuk mengajarnya.Tapi hari ini, Tengku Syahran buntu.Dia terpaksa memikirkan sesuatu untuk menjaga perasaannya.Dia tidak mahu Linda bertamu di hatinya.Dia lebih rela tidak berkahwin daripada menjadi suami kepada perempuan yang gemar bertukar pasangan ketika di England dahulu.Masih jelas di ingatan, Linda bermesra dengan seorang lelaki Inggeris di hadapan sebuah hotel sebelum kedua-duanya melangkah masuk ke dalam hotel itu.Malam esoknya, Linda kelihatan bersama lelaki lain pula.Apabila perkara itu disuarakan kepada Tengku Badariah, sedaya upaya emaknya mahu menyangkal.Tengku Badariah tidak percaya anak sahabatnya, Datin Rohana sanggup berbuat begitu.Malah yang paling mengejutkan apabila Tengku Syahran dipaksa berkahwin dengan Linda.Inilah yang merunsingkan fikiran Tengku Syahran sehinggakan dia terpaksa membuat keputusan yang drastik dengan mencari perempuan lain yang sudi menjadi isterinya.Kebetulan ketika dia sedang melarikan diri dari kekalutan itu, kemalangan kecil berlaku dan Tengku Syahran telah diketemukan dengan Zahlia.Gadis yang dirasakan sesuai untuk membantunya.Namun, Tengku Syahran kecewa apabila Zahlia menolak tawarannya.Serta-merta Tengku Syahran terjelepok di atas lantai restoran itu.Zahlia terkejut dengan tindakannya.Beberapa pelanggan yang berada di situ juga turut memandang.“Encik Syah! Apa awak buat ni? Hei, bangunlah!” serentak itu, Zahlia terus menarik tangan Tengku Syahran dan menuju ke meja yang ditinggalkan tadi.
Zahlia melabuhkan punggungnya di hadapan lelaki itu semula.Wajahnya sudah mula nampak resah.Raut wajah itu telah membuatkan hati wanitanya sedikit terusik.“Saya pernah nampak Linda masuk ke dalam hotel.Setiap malam, dia bertukar pasangan.Saya tak mahu terikat dengan Linda.Dia perempuan yang tak pernah puas dengan hidup!”Hambar sungguh suara Tengku Syahran ketika itu.Zahlia memasang telinga.Berkerut dahinya mendengar cerita yang baru diucap oleh Tengku Syahran.“Kalau saya tak tunjukkan perempuan lain kepada mak saya dalam waktu terdekat ini, saya tak ada pilihan lain lagi selain dengan apa yang saya beritahu.Dia hanya pentingkan persahabatan!”Zahlia mengetap bibir.Suara Tengku Syahran yang mendatar membuatkan dia terharu.Bantulah saya…saya sanggup menawarkan wang jika itu yang Cik Alia pinta sebagai balasan,” ujar Tengku Syahran berharap pujukannya kali ini diterima.Zahlia menelan air liur.Fikirannya bercelaru sama ada mahu menerima atau tidak! Tiba-tiba ingatan Zahlia melayang jauh.“Alia,aku sayangkan kau! Aku hanya inginkan cinta dari kau, salahkah?” Razif menyuarakan rahsia hatinya pada Zahlia.“Tak salah Razif.Tapi hatiku tak dapat terima kau.Aku tak boleh paksa.Aku dah anggap kau seperti sahabat,” beritahu Zahlia.Ada riak kekeruhan di wajah Razif.“Tapi, aku terlalu cintakan kau,Alia.Sejak dari kecil,sejak kita mula mengenali erti kehidupan lagi.” Razif masih tidak berputus asa.“Razif,jangan kau salah anggap dengan kasih sayang yang ku tunjukkan.Aku ada had dan batas tertentu di dalam tempat ni.Kita sama-sama yatim piatu dan bertanggungjawab di tempat ni.Maafkan aku.”Zahlia masih tidak berganjak dengan keputusannya.Tidak mahu mengalah.Razif terdiam.Nafasnya turun naik menahan sebak.Memang dia mencintai Zahlia sejak kecil.Walaupun perpisahan berlaku seketika tetapi cinta berputik di hati Razif tidak pernah padam.Kemunculan semula Zahlia berpuluh tahun lamanya menyemarakkan kembali perasaan yang kian terkubur.“Tapi Alia…”“Kita teruskan hubungan sebagai sahabat aje,” ujar Zahlia tenang.Razif berasa pilu.Cintanya ditolak mentah-mentah.Mengapa? Rintih hatinya.Pandangannya mula dirasakan berpinar-pinar.Dan tiba-tiba dia rebah di padang itu.Zahlia tersentak.Lantas dia meluru ke arah Razif yang tidak bergerak itu.Tubuh Razif digoyang beberapa kali sebelum dia menjerit meminta tolong.Di hospital,segala-galanya terbongkar.Razif didapati menghidap kanser perut.Zahlia menangis tersedu-sedan di samping Fatimah,rakannya.Wajah Razif ditatap sayu.Masih lemah.Kenapalah Razif merahsiakan penyakitnya?TIBA-TIBA Zahlia mengeluh.Lamunannya terhenti.Mula mengingati situasinya ketika itu.Zahlia memerlukan wang untuk rawatan Razif.“Baiklah, Encik Syah! Saya terima tawaran awak itu.Tapi saya ada syarat yang perlu awak turuti.” Akhirnya Zahlia memberikan persetujuan.Tengku Syahran mengangkat wajah dan terus merenung gadis bertudung putih itu.Anak mata gadis itu yang berwarna hazel ditatapnya lama.Cuba mencari cahaya keikhlasan dan akhirnya bibir Tengku Syahran menguntum senyuman lega.“Syarat pertama; saya tak mahu tinggal dengan famili awak lepas kahwin.Kita pindah dan cari rumah lain.Saya tak mahu pergerakan saya terbatas.Syarat kedua; saya nak terus bekerja tanpa ada sekatan memandangkan kita hidup dengan duit masing-masing.Syarat ketiga; tidur di bilik masing-masing demi menjaga kelakuan dan tindakan kita daripada hilang pertimbangan dan menjadi rapat.Awak tak dibenarkan menyentuh tubuh saya, walaupun perkahwinan kita sah.Setuju?” Begitu panjang lebar Zahlia menyuarakan syaratnya.Tengku Syahran termenung seketika.Sekejap duduk.Sekejap berdiri.Memikirkan syarat-syarat yang dikenakan oleh Zahlia.Akhirnya dia bersuara.“Kenapa banyak sangat syarat?”“Awak nak terima atau saya batalkan hasrat saya? Saya dah terima tawaran awak ni dah kira bagus.Atau…”“Okey…okey…saya setuju!”“Kan senang.Hah! satu lagi.”“Ada lagi?”“Tentang duit yang awak tawarkan tadi.Saya rasa elok awak tentukan sendiri jumlahnya.Pasti awak dah dapat agak berapa jumlah nilai pengorbanan saya ni kan?Saya tak mahu cakap banyak.Kalau boleh saya nak depositnya secepat mungkin!”Tengku Syahran masih memikirkan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.Syarat kedua tu, tak kisah la.Tapi, syarat yang lain tu, macam mana aku nak ikut.Senang-senang nak suruh pindah.Ingat mak aku setuju? Dah la kahwin pun atas pilihan sendiri, mengamuk pulak orang tua tu nanti! Hatinya berkata-kata.“Bagaimana Encik Syah? Setuju atau tak?” soal Zahlia lagi.“Tengku Syahran mengetap bibir dan perlahan-lahan mengangguk lemah.“Saya setuju.Tapi saya pun ada syarat yang perlu Cik Alia ikut.” Kini giliran Tengku Syahran pula mengenakan syarat.“Awak pun ada syarat?” soal Zahlia separuh menjerit.“Mestilah.Cik Alia kenakan saya tiga syarat dan saya hanya kenakan Cik Alia satu syarat aje.”“Apa dia?”“Saya nak Cik Alia panggil saya dengan panggilan yang sesuai.Saya mahu watak yang bakal Cik Alia lakonkan berkesan,okey?”“Panggil awak dengan panggilan yang sesuai?Nak panggil apa?”“Panggilan seorang isteri untuk seorang suami,” ujar Tengku Syahran.“Apa?”“Abang!”Zahlia tertelan air liur.Dia nak suruh aku panggil dia dengan panggilan tu? Hisy… bagaimana aku nak sebut perkataan tu? Tak pernah aku terfikir nak sebut sampai macam tu sekali.Jiwanya meronta.“Cik Alia setuju?”Lama Zahlia terdiam tetapi akhirnya Zahlia mengangguk.“Kalau begitu, esok saya akan siapkan dokumen tentang syarat tu,” tambah Tengku Syahran.Zahlia mengangguk dan terus bangun.Kemudian, dia melangkah pergi dan meninggalkan Tengku Syahran setelah masing-masing mancapai kata sepakat.Aduh! Bagaimana ni? Apa aku nak cakap dengan mak kalau dia tanya kenapa nak pindah? Takkan nak beri alasan nak hidup berdikari.Mak mesti tak bagi punya! Takut jadi macam alonglah…duduk jauh cepat bercerai.Itulah,inilah.Tengku Syahran seolah-olah mengajuk percakapan emaknya.Tengku Syahran menggeleng.Membisu sambil jari-jemarinya mengetuk-ngetuk permukaan meja.Lama dia terdiam dan akhirnya tersenyum.Ah, pandai-pandailah elakkan diri dari syarat tu.Gunakan ayah sebagai orang tengah.Mesti perempuan tu akan kalah kalau ayah pujuk.Aku takkan pindah! Muktamad kata-kata Tengku Syahran.“Yes!” Tengku Syahran tersenyum kecil.

Friday, April 24, 2009

my friends



with my friend before outing...hikhik...

from left:mira,ju,yam and fifa

sweet gurls...ahakz...

Thursday, April 23, 2009


my family



ha ini kami kt ayak terjun rawang...
hutan lipur templer kot namanye...
ahakz...lupe r nama die...
mule2 ktorg mandi kt bawah je...(mandi tmpat cetek)
bosan giler...
pastu nek atas...best giler...uhuhuhu...

dr atas:cici,fuad.ina,yam,arif,masni&razin

Cinta Seorang Pemuda

o CINTA SEORANG PEMUDA.. sy suke sgt tgok jari-jemari teman wanita saya, cantik betul!sungguh! sampai sy takut nk pegang... bukan takut jari-jemarinya patah,tpi... takut nti jari-jemari kami x boleh saling mmbantu di satu HARI YANG DASYAT di hadapn YANG MAHA ESA. sy suka sgt tgok rambutnya... cantik betul...sungguh! sebb tu sy belikan dia tudung. bukan sebb sy cemburu orng lain tgok,...BUKAN! tapi sebb sy mahu rambutnya sentisa ditutup smpai bila2... takut nti DIBAKAR DEK API NERAKA.. DI SUATU HARI YG AMAT DASYAT DI HADAPAN YG MAHA MENCIPTA. sy suka sgt tgok body teman wanita sy...solid betul.sungguh! sbb itu sy belikan die telekung supaya masa die dating dgn Kekasih dia YANG UTAMA, dia jaaaaauuuh lebih cntik dan berseri mengadap-NYA sy pon tumpang dapat pahala....syoknya! sy sedih sgt tgok teman wanita sy..tidak keruan..tidk makan sbb rindukan sy,,, sy pun mcm tu juga...si dia tnya, APA UBATNYA BANG? sy pon bg die AL-QURAN sbgai penenang jiwa... semoga dia cintakanNYA lebih daripada cintakan sy... sy sedih tgok die selalu pesan mcm2... makan..minum..jaga diri...pandu kete elok2.. nanti awak sakit sy jugak susah hati... bla bla bla bla.... tpi bila kami kuar sama-sama, terlepas asar dan maghrib begitu saja.. dia tidak kata apepon.. aduuhh....berdosanya saya..!!! sy memang sgt pada dia.. sy mahu jmpa dia.. sy mahu bersama dia.. cinta secinta-cintanya..cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayng di akhirat.. berdating di syurga kerana di situlah tempat yg kekal selama-nya.. doakn kami saling igt mengingati,insaf-meingsafi. YA ALLAH ampunkanlah kami.. semoga kami dpt kekal bersama selama-lamanya,,di syurga nanti..amin..!

Wednesday, April 22, 2009

Terlanjur menyintaimu

Harriz. Satu nama yang cukup aku kenal satu ketikadahulu. Dia pernah menjadi suami aku. Suami yangbergelar hanya pada nama tapi tidak pernah memilikisepenuhnya jiwa dan hati aku ketika itu. Perkahwinanyang berlandaskan kertas putih dengan seribuperjanjian yang boleh menjatuhkan maruah seorangsuami. Aku tahu, Harriz tidak pernah mempersetujuidengan apa yang aku lakukan sebelum kami mengikat taliperhubungan yang suci. Namun, kerana sayang dancintanya pada aku dia menerima niat aku tanpa sebarangbantahan yang keluar dari mulutnya. Kenapa Izham tidakseperti Harriz? Sungguh berbeza nilai dan peribadimereka antara satu sama lain. Harriz terlalu baik tapi hati aku tidak dapat menerimacintanya. Kenapa?.....Dia cukup sempurna untuk menjadiseorang suami dan pemimpin yang boleh menjaga akusehingga ke akhir hayat. Adakah aku yang terlalu bodoh untuk menolak cintanya yang tulus dan ikhlasmenyayangi aku, atau keegoan aku yang menguasai diri. "Saya menerima awak bukan atas paksaan sesiapa tapihati ini yang ikhlas mencintai awak. Saya tahu tarafawak dan saya berbeza ibarat langit dan bumi tetapiuntuk membahagiakan awak, itu adalah jaminan sayasebagai bukti bahawa saya menyayangi awak. Walaupunkontrak kita hanya setahun tapi cinta saya sampai kemati. "Biarpun kita akan berpisah nanti, namun untukmenghilangkan ingatan saya terhadap awak adalah amatsukar. Sekali saya dah letakkan awak dalam hati sayabermakna awaklah gadis pertama dan terakhir yang sayacintai walau awak membenci saya seumur hidupawak......" Kata-kata itu masih aku ingat sampai sekarang. Keegoanaku ketika itu mulai luntur tapi hati aku keras. Akumenolak cintanya mentah-mentah kerana bagi aku, lelakimudah mengeluarkan kata-kata manis namun untukmembuktikannya adalah satu dalam sejuta. Aku tidakmempercayai Harriz. Bagi aku, Izham lelaki pertamayang mencuri hati aku adalah terlalu sempurna untukaku. Aku bertemu dengan Izham sewaktu kami menyambungpengajian di London. Izham bijak memainkankata-katanya dengan rupa parasnya yang kacak itu untukmenambat hati aku. Hanya dunia sahaja yang tahubagaimana gembiranya hati aku ketika itu dapatberpasangan dengan Izham , seorang lelaki yang menjadirebutan gadis-gadis lain di luar sana. Hampir dua tahun hubungan kami terjalin. Tiadasebarang masalah di antara kami sepanjang perhubunganitu. Pertengkaran kecil adalah perkara biasa bagikami. Seringkali juga kawan-kawan aku menasihatkansupaya berpisah dengan Izham kerana dia bukanlahseperti apa yang aku sangka. Dia adalah Romeo. Banyakkali mereka terserempak dengan Izham bersamagadis-gadis lain. Aku yang bodoh kerana tidak pernahpercaya dengan kata-kata mereka. Pada fikiran akuketika itu, mereka terlalu cemburukan aku. Itulahsebabnya mereka memfitnah Izham supaya hubungan kamiputus dan mereka boleh mengambil kesempatan memenangihati Izham. Sehinggakan aku hampir hilang kawan hanyasemata-mata kerana terlalu mempercayai Izham. Selepas tamat pengajian, aku pulang ke Malaysia. Izhammasih di London kerana tempoh pengajiannya ada lagisetahun. Ketika itulah detik hidup aku bersama Harrizbermula. Aku telah dijodohkan dengan Harriz olehayahku. Entah mengapa, ayah terlalu sukakan Harriz sedangkanHarriz hanyalah pekerja bawahan ayah. Dia bukanlahdari keluarga yang senang dan setaraf dengan kami.Namun, ayah tidak mengambil kira itu semua. Kata ayah,Harriz mampu menjaga aku sebagaimana ayah dan ibumenjaga, mendidik dan membesarkan aku. Dia percayakanHarriz sehinggakan dia pernah berkata segala hartanyatermasuk aku akan diserahkan kepada Harriz andai satuhari nanti dia pergi buat selama-lamanya. Kepercayaanayah terhadap Harriz memang tiada batasan, begitu jugadengan ibu. Aku tahu, ayah ada penyakit yang kronikiaitu sakit jantung dan darah tinggi. Aku tak sanggupuntuk menolak permintaan ayah. Mereka adalahsegala-galanya untuk aku. Betapa perit dan payahnyamereka membesarkan aku. Ayah juga bukanlah darikeluarga yang senang tetapi berkat kerajinan dansemangat ayah yang tinggi serta dorongan ibumembuatkan aku dapat menikmati hidup ini dengan segalakemewahan yang tak dapat aku bayangkan. Tapi, aku jugainginkan kehidupan aku sendiri. Berhari-hari aku memikirkan keputusan ayah samadauntuk menerima atau sebaliknya. Kesihatan ayah tidakmengizinkan aku untuk berfikir lama. Akhirnya,persetujuan dibuat dan dalam diam-diam aku juga turutmembuat perjanjian dengan Harriz lelaki yang tidakpernah aku temui. Aku bencikan Harriz kerana akumenyangka Harriz bukanlah seperti apa yang ayahbayangkan. Dia mungkin mempunyai rancangan yang besaruntuk merampas kekayaan kami dengan mengahwini aku danberpura-pura baik di hadapan ayah dan ibu. "Selepas kita bernikah, saya haramkan awak untukmenyentuh saya. Kita hanya berlakon di hadapan ayahdan ibu saya begitu juga dengan keluarga awak. Selepassetahun, awak ceraikan saya. Ini dah termaktub dalam perjanjian kita." Aku tidak berani memandang wajah Harriz ketika kamiberjumpa buat pertama kalinya di sebuah restoran. Akuakui, Harriz memang tampan orangnya malah lebih kacakdaripada Izham. Sedikit sebanyak hati perempuan akumulai cair namun aku pantas melarikan fikiranku pada perkarayang lain. Harriz merenung aku tanpa berkelip mata.Aku gelabah. Langsung tidak dibaca perjanjian MOU yangaku letak di hadapannya. Sakit hati aku dibuatnyaketika itu. Aku kuatkan semangat untuk memandangHarriz dan cuba berlagak serius. "Tuhan kurniakan mata untuk melihat apa yang ada dihadapan kita. Saya dah letakkan fail perjanjian kitadi hadapan awak. Takkan awak tak tahu nak menggunakanmata awak tu untuk melihat apa yang patut?" Akumemerli Harriz. Dia cuma tersenyum. Masih tidak puasmenatap wajah aku. Seluruh pelusuk wajahku dijajahnya."Memang Tuhan anugerahkan mata untuk melihat.Sekarang, saya sedang melihat satu lagi anugerah Tuhanyang diberikan kepada saya. Kecantikan yang tidakpernah saya bayangkan, tapi sekarang baru saya tahubahawa sungguh indah alam ini dengan adanya wanitasecantik awak, Nurul Ain Bt Hamdi..." Ungkapan pertamakeluar dari mulut Harriz. Aku tersedak, hampir tersembur fresh orange yangsedang kuminum. Pantas tanganku mencari tisu di dalambeg tangan. Harriz masih tersenyum. Merah padam mukaaku menahan malu. Bijak sungguh Harriz bermain dengankata-kata. Aku hampir terpedaya dengan pujiannya.Ahh...Lelaki, semuanya sama... "Tapi sayang, awak tidak menggunakan kecantikan awakitu untuk melambangkan hati awak. Buat pengetahuanawak, saya ini bukanlah seperti apa yang awakbayangkan. Niat saya ikhlas untuk memperisterikanNurul Ain Bt Hamdi. Jangan kerana awak kaya dan hidupmewah, awak takut saya akan merampas semuanya itu daritangan keluarga awak. Terus terang saya katakan,seandainya awak ini adalah gadis cacat yang kudungtangannya atau bisu mulutnya saya tetap akanmengahwini awak walau awak miskin sekalipun. "Bagi saya, harta boleh dicari tapi cinta yang tulussuci hanyalah wujud sekali dalam hidup kita dan awakadalah wanita yang berada di dalam hati saya sekarangsehinggalah saya tidak bernafas lagi di atas bumibertuah ini." Harriz tersenyum lagi. Aku pula tergamam. Macam mana dia boleh mengenali akusejauh begitu. Kata-katanya kedengaran seolah-olahkami pernah berjumpa. Tapi, aku rasa tidak keranainilah kali pertama aku melihat wajahnya. Sungguhpelik orang ini. Harriz membuka fail biru itu. Tanpadibaca walau sebaris ayat pun, dia mengambil pen daripoket bajunya lantas ditandatangani MOU tersebut. "Awak tak berniat nak baca MOU itu sebelum awak sign?"Aku memberanikan diri untuk bertanya pada Harriz.Sekali lagi dia memandang aku dengan pandangan yangpenuh bermakna baginya. "Kalau saya baca, adakah niat awak itu akan berubahuntuk menerima saya bagaimana ikhlasnya saya menerimaawak?" Terperangkap lagi aku dengan kata-katanya.Entah kenapa di mana hilangnya marah aku dan semangataku ketika itu. Lelaki ini benar-benar lain.Tidakkk!!..... Aku bukan mudah untuk menerima dia.Cinta aku pada Izham masih kuat. Harriz bangun. Airminuman yang dipesan tidak disentuh, masih sucisepertimana aku. "Assalamualaikum...." Itulah kata-kata terakhir yangdiucapkannya sebelum meninggalkan restoran itu. Akuterpinga-pinga. Pelik dan aneh lelaki ini. Sebelum akuberjumpa dengan Harriz, terlalu banyak kemusykilantentangnya yang berlegar-legar di dalam fikiran aku.Kini pada pertemuan pertama kami, semakin bertambahkusut fikiran aku memikirkan tentang Harriz. Siapakahdia sebenarnya? Apakah yang dia mahu daripada aku?Atau adakah dia memang benar-benar tulus mencintaiaku. Ahhhhh....makin difikir, makin pening akudibuatnya. ***********************************************************Kini, telah hampir seminggu aku menjadi isteri kepadaseorang lelaki yang tidak aku cintai. Majlisperkahwinan yang diadakan amat meriah tetapi aku tidakmerasai keseronokan itu. Mungkin Harriz juga begitu.Perhubungan aku dan Harriz memang terbatas. Itu adalah syarat akusendiri sebelum Harriz melafazkan akad nikah. Kamihanya berpura-pura mesra di hadapan ibu dan ayahtetapi di sebalik tabir kehidupan kami, tidak wujudkemesraan tersebut. Harriz benar-benar memberikerjasama yang baik. Kadangkala simpati aku menjengahdi hati kecilku. Pernah aku menasihati dia supayamelepaskan aku sebelum tamat kontrak perkahwinan kamitapi Harriz bukanlah lelaki yang senang dipujuk rayu. "Saya seorang yang menepati janji. Walau hati iniberat untuk berpisah dengan awak, saya tetap akanpatuhi syarat awak bahawa kita hanya bercerai selepastamat tempoh kontrak. Awak sendiri tahu bagaimanaperasaan saya pada awak. Tidak munasabah andai sayamenceraikan awak sekarang. Kalau boleh, saya mahutakdir membuka pintu hati awak untuk menerima cintasaya dan menyayangi saya sebagaimana tulus dan sucinyacinta saya terhadap awak." Tiba-tiba Harriz memegang tangan kananku ketika akusedang mengikat rambut lantas diciumnya perlahanseolah-olah aku ini bagaikan puteri yang sedangberhadapan dengan rakyat biasa. Berderau darahkuketika itu. Aku menjarakkan diri. Bulat matakumemandangnya. Tanpa segan renungan Harriz semakintajam memandang ke arah aku. Aku gementar. Rasa marahdan geram wujud dalam diri ini. Harriz cuba untukmemperdayakan aku dengan kata-kata manisnya. "Tolong jangan bersikap kurang ajar! Sudah cukupselama ini saya bertahan dengan sikap dan perangaiawak!! Awak jangan umpan saya dengan kata-kata manisawak tu. Saya tak akan terpengaruh. Kontrak tetapkontrak. Biarpun setahun atau dua tahun atauselama-lamanya, saya tidak akan mencintai awak ataubelajar untuk menyintai awak!! "Cinta saya hanyalah untuk Izham. Awak tahu bukan?Izham lebih dahulu hadir dalam hidup saya tapi awakmerosakkan segala-galanya dengan memperalatkan ayahdan ibu saya. Saya bukan macam mereka. Itu sahaja yangawak perlu tahu!!" Bentakku tiba-tiba dengan penuhberani. Aku sendiri terkejut dengan tindakan aku. Dari manaaku dapat kekuatan untuk melawan perasaan aku? Akumemaling ke arah lain. Terasa semangat untukmempertahankan diri wujud dalam diri ini. Mungkinkerana rindu aku pada Izham semakin kuat dan kesalahanaku pada Izham juga berat. Harriz hanya diam. Sedikit sebanyak nampak jugaperbezaan di raut wajahnya yang mungkin terkejutdengan kata-kata amarahku yang tiba-tiba. "Maafkan saya kerana buat awak marah. Saya tak adaniat untuk menyakitkan hati awak, Nurul Ain. Sayaharap kita masih boleh jadi kawan," ringkas sahajakata-kata Harriz kali ini. Aku masih tidak memandangwajah Harriz. "Nampaknya dah masuk waktu solat Isyak sekarang. Mari,kita berjemaah," pelawa Harriz lembut. Aku memandangwajahnya. Dia tersenyum, "Saya tunggu di bilik."Harriz berlalu pergi meninggalkan aku di ruang tamu.Perasaan marahku sudah reda. Malu pun ada bilamengenangkan kembali kemarahan aku yang berapi-apiitu. Nampaknya Harriz masih boleh buat muka selambasedangkan sudah berbakul-bakul aku memarahinyasepanjang dia duduk di rumahku. Tidak tahu bagaimana lagi untuk aku mewujudkan rasabenci dalam diri Harriz supaya dia membenci aku. Kini,perkahwinan kami sudah hampir 3 bulan. Ayah dan ibupula sudah bertanya tentang keadaan kesihatan aku. Itutidak lain dan tidak bukan mesti berkaitan dengan halanak. Bagaimana aku nak memberitahu mereka bahawa akuini masih suci lagi. Harriz tidak pernah menyentuh akuwalaupun dia berpeluang. Dia benar-benar mengikutsegala kontrak yang ditulis oleh aku itu supaya tidakmenjalinkan apa sahaja hubungan dengan aku. Akubertambah bingung. Segala apa yang aku lakukansemuanya tidak menjadi. Harriz masih lagi menyayangidan menyintai aku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Akurindukan Izham di saat-saat begini. Aku kesunyian.Tanpa Izham aku rasa kehilangan. Kadangkala aku nampakbayangan Izham dalam diri Hariz. Sampai bila aku mampubertahan. Harriz terlalu baik terhadap aku. Hanyaperempuan gila sahaja seperti aku yang tidak jatuhcinta padanya setelah pelbagai cara dia lakukan untukmenambat hati aku. Aku juga manusia biasa. Cinta akandatang dan pergi sesuka hati dalam hidup ini. Apakahperasaan aku terhadap Harriz sekarang? Aku semakinbingung dengan kehidupan yang aku lalui kini. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Aku tiba lewat dirumah. Tapi, bukan kerana banyak kerja di pejabat cumaaku sengaja pulang lambat supaya Harriz menyangka akuperempuan yang selalu balik lewat malam kerana puas berseronok di luar. Terjengket-jengket kaki akumelangkah masuk. Suasana gelap menyelubungi rumahbanglo dua tingkat pemberian hadiah ayah sempenaperkahwinan kami. Mujurlah hanya aku dan Harriz yangtinggal di sini. Kalau tidak, tentu aktiviti kami akanterbongkar lebih awal. Minta-minta Harriz akanmemarahi aku kerana pulang lewat. Aku berjalanperlahan-lahan menuju ke tangga tapi aku telahterlanggar sesuatu yang besar di hadapan. Hampirterjatuh aku dibuatnya namun, mujur ada seseorang yangsempat memaut pinggangku supaya tidak terjatuh.Berderau darah dibuatnya. Lampu ruang tamu dipasang...Aku tergamam. Pinggangku masih lagi dipaut olehHarriz. Mata bertentang mata. Hampir beberapa saat akutidak bercakap. Tersedar dari lamunan, aku pantasmenolak Harriz ke tepi. Wajahku mula berubah. Merahpadam jadinya. Marah bercampur malu benar-benar adadalam diri aku sekarang "Awak ni kenapa?!! Macam pencuri!! Nasib baik saya nitak ada sakit jantung. Dah pukul 2.00 pagi. Awak takreti-reti nak tidur?" Aku memarahi Harriz. "Saya tunggu awak...." "Tak payah nak tunggu-tunggu. Saya ni bukannya budakkecik lagi. Saya tahu pukul berapa saya nak balik.Awak ni orang gaji saya ke?" "Awak dah makan? Hari ni saya masak lauk kegemaranawak, masak lemak cili api ikan keli. Awak mesti suka.Mari makan sama, saya tak makan lagi ni." Harriz mempelawa aku. Masak lemak cili api ikan keli?Terliur aku dibuatnya. Aku memang tengah lapar gilani. Maklumlah, satu hari aku tak makan apa. Tengahhari tadi tak keluarpun sebab kerja banyak. Petangpula ada mesyuarat. Bila dah habis kerja, aku pulakyang sengaja balik lewat hanya semata-mata nak nak sakitkan hatiHarriz. Sampai pukul 1.30 pagi aku duduk di pejabat.Tak terfikir nak makan pun. Sekarang, dah lapar. Bodohbetul aku. Takkanlah aku setuju nak makan dengan dia.Habislah rancangan aku nak bagi dia marah. "Awak ni pandai masak ke? Saya ni memilih orangnye.Takpelah saya dah kenyang. Dah makan kat luar pun.Awak nak makan, awak makanlah sorang." Aku pura-pura menguap di hadapannya "Ahh..ngantuknya.." "Saya tahu awak belum makan lagi. Awak tentu lapar."Harriz terus menuju ke ruang makan. Dia membuka tudungsaji dan menyendukkan nasi untuk aku dan dirinyasendiri. Beria-ia benar dia mengajak aku. Macamana diatahu aku tak makan? Aku masih lagi tercegat di antararuang tamu dan ruang makan. Sesekali aku menjeling ke arah Harriz yang sedang lekamenyiapkan makan malam yang rasanya dah boleh jadimakan pagi. Sanggup dia tak makan kerana menunggu akusemalaman. Boleh percaya ke lelaki ni? Jangan-jangandah siap makan. Saja nak tarik perhatian aku supayasimpati kat dia. Aku pantas menaiki tanggameninggalkan Harriz. "Awak tak nak makan? Tak sakit perut ke, awak? Nanti,kalau awak jatuh sakitkan susah..." Harriz menasihatiaku. Langkahku terhenti. "Awak tak faham bahasa Melayu? Kan saya dah cakap,saya dah kenyang. Kalau awak nak makan, awak makanlahsorang. Saya nak naik atas, nak mandi dan tidur. Awakjangan ganggu saya!!" aku bentak keras. "Tak pelah, saya makan dulu. Nanti, kalau awak rasalapar, awak makanlah ye. Pergilah awak berehat,"Harriz mengakhiri perbualan kami. Aku terus naik keatas dengan perut yang benar-benar lapar. Rasa nakterbalik dunia ni. Ya Allah laparnya. Hanya Tuhan sajayang tahu. Kenapalah aku boleh bertindak bodoh. Dahada orang siap masak, aku saja yang sombong takbertempat. Sekarang, siapa yang merana? Bukankahaku...? Itu baru satu keadaan di mana dia boleh bertahandengan sikap aku. Tapi, kali ini aku pula yang taktahan dengan keadaan kami apabila terpaksa berlakon didepan ayah dan ibu sewaktu kedatangan mereka ke rumahkami. Dari berdiri jarak 50 meter kini dah rapat macambelangkas. Dari muka yang masam macam cuka kini aku terpaksa senyummeleret. Aku kena memainkan peranan sebagai isteri danHarriz sebagai suami sedangkan gelaran itu memang adapada kami. Terasa kaku aku pada permulaan watak tetapiHarriz bijak memainkan peranannya sebagi suami. "Berapa lama mak dan ayah nak tinggal di sini?" Akumengajukan soalan sebaik sahaja ibu dan ayah duduk diruang tamu selepas kami menjamu selera tengah hariitu. Percaya atau tidak, semua masakan dimasak olehHarriz tapi dia memberitahu ibu dan ayah yang akumemasaknya. Ibu tersenyum menggeleng. "Ain...Ain... Mak dan ayah belum panas punggung lagidah ditanya bila nak balik. Mak ni, rindukan anak mak.Salahke mak melawat anak mak yang kini dah jadi isteriorang," balas ibu. Aku tertunduk malu. Ye tak yejugak.. "Ain ni bukannya apa mak. Dia takut mak dan ayah balikawal. Duduklah 2-3 hari kat sini, mak. Lama-lama puntak apa. Kami pun berdua. Kalau ada mak dengan ayah,taklah sunyi kami ni.." Harriz menyampuk. Akumenjeling pada Harriz. Nampaknya, dia ni nak mengambilkesempatan. Ketika itu tangan kirinya sengaja memelukpinggangku. Aduh, geli betul. Aku tak boleh nak tolak."Yelah, mak. Duduklah lama-lama kat sini. Mak puntentu bosan duduk kat rumah, lagipun ayah kerja." Akuterpaksa menipu. Kalau boleh nak saja aku menyuruh makdan ayah balik sekarang juga. Bukannya aku tak sukakanmereka tapi aku tak mahu berlakon lagi. "Tak bolehlah macam tu. Kamu dah berkeluarga. Mak danayah tak nak ganggu kamu. Kami ni datang saja nakmelepas rindu. Dua hari lagi kami baliklah." Alamak 2 hari lagi??? Terasa seperti 2 tahun nakmenunggu mereka balik. Aku lihat Harriz tersenyummeleret. Makin erat dia memeluk pinggangku. Suhu dikepala aku ni dah mendidih. Rasanya nak saja akucekik-cekik Harriz sekarang. Betul-betul mengambilkesempatan. Aku pantas bangun. Semua mata memandang kearah aku. "Tak pelah, mak ayah. Ain ada hal sekarang ni. Pukul 2petang Ain ada mesyuarat dengan pelanggan. Nanti malambaru Ain balik. Mak dan ayah tak payah tunggu Ain. Taktahu pukul berapa Ain balik." "Hari ni kan Ahad, Ain. Takkan bekerja jugak. Kesiankat Harriz ni. Sepatutnya, masa cuti jangan diganggu.Kamu tu dah kahwin, dah bersuami. Kamu kena jaga makanpakai si Harriz ni. Kesian Harriz." Berbakul-bakul ibumembela Harriz. Eeeee....bertambah-tambah geram aku.Ayah hanya tersenyum. Tak banyak cakap. Malas nak masuk campurlahtu. Pendek kata, apa saja yang ibu cakap ayah akansetuju. Betullah mereka ni satu kepala. Berbeza akudan Harriz, ibarat panggang jauh dari api. "Ain memang ada hal petang ni, mak. Tak boleh naktolak. Pelanggan Ain tu dari Jepun. Dia tak boleh lamakat sini." Aku membalas kata-kata ibu dengan harapanHarriz akan membantu aku. "Takpe, mak. Saya tak kisah, lagipun selama ni takpernah kurang kasih sayang Ain pada saya. Lagipun sayakenal pelanggan Jepun tu. Dia kawan lama saya masakursus kat Tokyo dulu." Harriz menyokong aku. Legarasanya di hati. Aku memandang Harriz. Dia hanyatersenyum. Tiba-tiba saja dihulurkan tangannya supaya aku menciumtangannya. Mahu tak mahu terpaksalah aku bersalam danmencium tangan Harriz. "Saya pergi dulu, bang.." Lembut aku bersuara memintaizin. Mak dan ayah tersenyum-senyum memandang gelagatkami berdua. Rasa senang di hati mereka melihatkankemesraan aku dan Harriz yang sebenarnya dibuat-buat. ***********************************************************Aku terlalu rindukan Izham. Kenapa Izham tiba-tibasahaja menghilangkan diri. Sudah lama dia takmenghubungi aku. Hampir 3 bulan aku tak mendengarsuaranya. Izham masih lagi di London. Dahulu, di awalusia perkahwinan kami Izham sering menelefon aku. Suaranya benar-benarmemberi aku semangat. Izham tahu mengenai masalah akudan Harriz. Dia juga tahu rancangan aku mengenai'perkahwinan kontrak' ini. Izham langsung tidakmemarahi aku. Dia tahu bahawa aku menerima Harrizbukan atas dasar cinta tapi atas dasar hormat aku padaayah. Dia jugalah yang menyokong aku dan katanya lagibahawa dia sanggup menunggu aku bukan saja setahunmalah selama hayatnya masih hidup dia sanggup menantiaku. Aku dapat rasakan ketika itu akulah wanita yangpaling bertuah kerana dapat memiliki cinta Izham yangbetul-betul ikhlas menyayangi aku. Namun suara Izham hanya dapat aku dengar 3 bulan yanglalu. Di mana Izham sekarang? Mungkinkah dia terlalubosan menunggu dan terus menunggu kehadiran aku dalamhidupnya? Ahh... kalau aku jadi Izham pun sudah pastiperkara yang sama akan aku lakukan. Satu tahunbukannya tempoh yang singkat. Sedangkan hati bolehberubah inikan pula penantiannya yang boleh dianggapsatu angan-angan yang tak pasti. Ini semuanya berpuncadaripada Harriz. Kadangkala aku terlalu bencikanHarriz tetapi kehadiran Harriz jugalah sedikitsebanyak telah mengubah hidup aku. Tidak dapatkusangkal bahawa dia seorang suami yang baik, danbenar-benar mengambil berat tentang diri ini. Akusahaja yang tidak pernah menghargai kehadirannya dalamhidup aku. Tiada lelaki lain selain Harriz yang tulusikhlas menyayangi, menyintai, dan menghormati aku.Bila difikir-fikirkan, aku rasa bertuah kerana punyaseorang suami yang terlalu memahami aku. Memanjakanaku seolah-olah aku ini budak kecil yang perludidodoi. Aku sakit dia menjadi doktorku, aku lapar diamenjadi tukang masakku malah bila aku terlambat kepejabat dia sanggup menghantarku sedangkan ketika itudia punya urusan lain. Tapi, kenapa mesti Harriz?Bukan Izham? Tiba-tiba saja hati aku terdetik, mungkinkah jodohkumemang bersama Harriz. Sisa-sisa hayatku adalah hidupbersama Hariz sehingga aku mati. Di mana Izhamsekarang? Kenapa dia menghilangkan diri? Sudah tiadalagi cintakah di dalam hatinya untukku? Atau akusahaja yang mengangankan sesuatu yang bukan milikku.Sedangkan sesuatu yang sudah tentu menjadi milikku akuabaikan begitu saja. Antara Harriz dan Izham?? Siapayang harus aku pilih? Ooohhh...Terlalu sukar hidupini. "Masih panas lagi suhu badan awak ni. Saya bawa awakke klinik.." Aku ingat lagi peristiwa pertama yangmencetuskan rasa sayang aku pada Harriz dan wujudnyarasa cinta dan kasih di hati ini pada Harriz. Ketikaitu aku demam panas. Memang aku tak mampu nak berbuat apa-apakerja ketika itu. Nak bangun dari katil pun takterdaya. Mungkin waktu itu aku terlalu rindukan Izhamdan dalam masa yang sama aku juga sibuk dengankerja-kerjaku di pejabat. "Tak pe, saya sihat. Panas sikit je. Lepas makanPanadol, sihatlah. Awak tak payah nak risaukan saya.Saya tahu apa yang saya buat. Awak buatlah kerja awak.Jangan ganggu saya, boleh tak?" Aku meninggikan suara.Tapi bukannya aku marahkan Harriz, cuma aku tak tahandengan kesakitan di kepala yang aku alami. Harrizmasih tak berganjak. Dia meletakkan tangannya didahiku. Aku menepis dengan kuat tangan Harriz.Berkerut-kerut dahiku menahan sakit. Aku cuba banguntapi tak mampu. Dengan pantas tanpa pedulikankemarahanku, Harriz terus mendukungku keluar daribilik. Aku benar-benar terkejut dengan tindakannya.Habis tubuh Harriz menjadi sasaran aku untuk memukul. "Awak nak bawak saya ke mana ni ? Lepaskan saya!!" Akucuba menjerit tapi badan aku terlalu lemah dan takmampu untuk aku meninggikan suara. "Awak sakit di hadapan mata saya. Takkan saya nak jadiorang bodoh untuk dengar kata-kata awak supayatinggalkan awak dalam keadaan macam ini. Saya nakbawak awak ke klinik. Nyawa awak lebih pentingsekarang." Harriz....Sungguh mulia hatimu. Aku butauntuk menilai kasih sayangmu yang mencurah-curahmencintai diri ini sedangkan aku terus bodoh menantipada orang yang tak pasti. Sedikit demi sedikit hatiwanitaku mulai cair. Sepanjang aku terlantar sakitHarriz menjaga aku siang dan malam. Dia sanggupmengambil cuti semata-mata untuk menemani aku. Segalamakan dan pakai semuanya Harriz yang lakukan untukaku, biarpun pada mulanya aku malu dengan tindakanHarriz. Entah mengapa, perasaan benci dan marah dalamdiri ini pada Harriz berubah menjadi kasih dan sayangpada Harriz. Aku benar-benar terharu dengankeikhlasannya selama ini dan aku juga bangga denganketabahan Harriz yang sanggup hidup bersama aku susahdan senang. Dia tidak pernah kisah dengan caci makikudan kutukan aku pada dirinya selama ini. Kesabarannyaterhadap kedegilan aku membuatkan aku mula jatuh cintapada Harriz. Tetapi keegoan aku mengatasi segalanya.Aku malu untuk meminta maaf pada Harriz walaupunselama ini aku yang banyak melakukan kesilapan. Aku tahu, aku seorang isteri tapi aku tak pernahmenjalankan kewajipanku. Aku gagal menjadi isteri yangsempurna pada Harriz. Dua minggu lagi akan tamatlahikatan kontrak perkahwinan kami. Sepatutnya aku bolehgembira sekarang kerana tidak lama lagi Harriz akanmelafazkan kata-kata keramat bagi seorang isteri.Namun, kegembiraan itu tidak dapat aku rasakansekarang. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku dapatmelupakan ingatan aku pada Izham. Kerinduan pada Izamsudah tiada lagi. Yang terbayang di dalam fikiran akusekarang hanyalah Harriz Bin Hisham, seorang suamiyang terlalu agung darjatnya dalam hati aku. Akubenar-benar takut untuk berpisah dengan Harriz.Selepas ini Harriz bukanlah lagi peneman setia aku. Aku dapat rasakan bahawa hidupkuselepas ini akan sunyi. Tiada lagi senyuman Harriz dangurauan Harriz. Ooohh..TuHAN!! Apa yang telah akulakukan sekarang? "Selagi awak di hadapan mata saya dan awak hidupbersama saya, selagi itulah kewajipan saya sebagaisuami akan saya lakukan. Biarpun dalam kontrak tidaktertulis, namun sudah menjadi tanggungjawab seorangsuami supaya menjaga isterinya samada dalam keadaansusah mahupun senang. 2 minggu lagi, hubungan kita akan tamat. Tapi,percayalah biarpun sehari malah sesaat pun, awak tetapdi hati saya. Saya tahu kebencian awak pada saya tidakakan hilang. Begitu juga dengan cinta saya. Ianyatidak akan pernah pudar. Andai diberi peluang sekalilagi, saya mahu teruskan hidup ini bersama awak NurulAin. Nama awak sudah terpahat di dalam hati saya." Harriz mengusap rambutku dengan kain basahan sewaktumemandikan aku yang terlantar sakit. Tiba-tiba satuciuman diberikan di dahiku. Terasa ingin mengalir airmata ini, namun aku dapat bertahan. Mataku ketika itumasih tertutup. Mungkin Harriz menyangkakan aku sedangtidur tetapi tidak sebenarnya. Segala kata-kata luahanhati Harriz dapat aku dengar cuma aku tidak beraniuntuk menatap wajah Harriz ketika itu. Harriz, kenapakau terlalu baik pada diri ini yang seharusnya tidaklayak untuk berada di hatimu yang suci itu. Aku tidakmampu untuk menyintai seperti mana engkau menyintaiaku. Andai engkau dapat mendengar luahan hati ini,berjuta-juta kemaafan ku pohon darimu tapi untukmeluahkannya hati aku amat berat. Aku malu sebenarnyaHariz. Terasa kecil diri ini di hadapan matamu Harriz."Kenapa awak menerima saya untuk menjadi isteri awaksedangkan sebelum ini kita tidak pernah berjumpa. Awaktak pernah mengenali saya, tapi awak sanggup berkahwindengan saya. Bukankah itu satu tindakan yang bodohnamanya?" Aku memberanikan diri untuk bertanya padaHarriz sewaktu kami menjamu selera di sebuah restoranselepas balik dari berjumpa dengan ibu dan ayah.Harriz tersenyum. Dia memandang aku. Aku jadi kaget. "Soalan itu rasanya sudah saya jawab sebelum kitamenjadi suami isteri lagi. Nama awak sebenarnya sudahlama terpahat di dalam hati saya. Hampir dua tahunsaya mengenali awak sebelum saya berjumpa denganawak." Harriz sengaja menoktahkan ayatnya di situ supaya aku semakinkeliru. Kali ini aku yang memandang wajahnya denganseribu pertanyaan di kepala. "Dunia ini tidaklah sebesar mana. Tuhan mentakdirkanhidup saya supaya bertemu dengan awak bukan di bumiMalaysia. Saya juga pernah belajar di luar negara dansama universiti dengan awak." Aku ternganga. Ligatotakku mengingati semula wajah-wajah pelajar Malaysiayang pernah aku jumpa di London. Rasanya tiadalangsung wajah Harriz yang pernah aku jumpa. Betulkedia ni atau sengaja nak memainkan aku? "Setahu saya pelajar Malaysia tidaklah sebanyak manapun, tapi kenapa saya tak pernah berjumpa dengan awak?Awak jangan nak bergurau dengan saya." Aku seakantidak percaya. Benarkah apa yang Harriz cakapkansebentar tadi? "Saya belajar part time. Awak memang tidak akanperasan saya. Saya belajar waktu malam, tapi awak danIzham selalu datang makan di restoran tempat sayabekerja. Ingat tak Café Bistroze? Saya jadi pelayanbar di situ. Maklumlah, saya ni orang miskin, tak mampu nak belajarsepenuh masa. Siang saya bekerja dan malam sayabelajar. Ketika itulah saya sempat mengenali awak."Harriz menamatkan ayatnya di situ. Dia menghabiskanminuman. Aku terdiam. Sungguh tak ku sangka, dunia initerlalu kecil. Tuhan menemukan aku dan Harriz tanpaaku mengenali siapa dirinya. Harriz terlalu pandaimenyimpan rahsia. "Esok, genap setahun kita menjadi suami isteri yangsah seperti mana termaktub dalam kontrak yang telahsaya tandatangani. Biarpun hati ini berat untukmelepaskan awak tapi saya tidak pernah lupa denganjanji saya. "Melukakan hati dan perasaan awak adalah satu dosapaling besar di mana saya tidak dapat memaafkan dirisaya sendiri. Awak terlalu suci di mata saya. Awak takpernah bersalah dengan saya. Saya yang seringkalimelukakan hati awak selama ini. Saya benar-benarberharap agar awak dapat ampunkan dosa-dosa saya."Harriz tertunduk menahan sebak di dada. "Terus terang saya katakan, esok adalah hari yangpaling saya takutkan. Saya dapat rasakan bahawa esokakan mengubahkan segala takdir hidup saya yang selamaini saya rasakan indah. Hidup bersama awak adalah satukenangan yang paling manis buat saya. Segalanyaberubah bila awak hadir dalam diri saya. Awak adalahsemangat saya untuk saya teruskan hidup ini yang kiansingkat...." Aku rasa hairan dengan kata-kata terakhir Harriz. Apayang dia cuba maksudkan? Hariz yang berada di hadapanaku sekarang bukanlah Harriz yang selama ini akukenal. Aku dapat lihat perubahan di wajahnya. Lainbenar seakan menyimpan satu rahsia yang tidak akuketahui. Aku juga dapat lihat air mata lelakinyahampir mengalir tapi mampu ditahan. "Awak tak pernah bersalah dengan saya. Saya yangsepatutnya memohon ampun dan maaf dari awak keranadosa saya sebagai isteri adalah terlalu besar. Sayakagum dengan awak kerana menghormati saya dankeputusan saya selama ini. Awak seorang lelaki yangterlalu baik dan saya tidak layak untuk berada di hatiawak. Saya percaya, selain saya akan ada seorangwanita lain yang akan muncul dalam hidup awak danbenar-benar menerima cinta awak dan menyayangi awaklebih dari segala-galanya di dunia ini." Aku juga menahan sebak. Tidak mahu air mata inimengalir di hadapannya. Percayalah Harriz,sesungguhnya hati ini telah lama engkau miliki tapiaku tak mampu untuk berterus terang. Aku perlukanmasa. Tidak tahu berapa lama lagi. Aku sebenarnya terlalu malu untukberhadapan dengan dirimu yang tulus ikhlas mencintaiaku. Aku tahu, aku bodoh selama ini kerana tidaknampak sebutir permata yang boleh menerangi sepanjanghidupku. Harriz hanya mampu tersenyum. Dia memegang tanganku lantas ciumankasihnya diberikan. Aku dapat rasakan mungkin ituadalah ciumannya yang terakhir sebelum kami berpisah. "Selepas ini, saya harap awak tidak akan hilangkaningatan awak pada saya. Biarpun diri saya ini hanyalahsebesar zarah di hadapan mata hati awak, namun awakjangan lupakan saya. Kalau boleh, biarlah berkekalansampai ke akhir hayat awak. Setahun adalah satu tempohyang singkat untuk saya lebih mengenali awak. "Kalau Tuhan mentakdirkan umur saya panjang inginrasanya sekali lagi saya harungi hidup ini bersamaawak di dalam satu keadaan yang berbeza di mana awakbenar-benar mencintai saya dan menyayangi saya sepenuhjiwa dan hati awak. Andai terjadi, saya dapat rasakanbahawa sayalah manusia yang paling bertuah dapatmemiliki awak." Kami bertentangan mata buat kaliterakhir. Aku jadi sayu apabila memandang wajahnya.Takdir kami akan berubah esok. Mungkinkah ianyaterjadi.... Malam itu aku tidur di dalam seribu ketakutan. Esokpasti akan terjadi, begitu juga dengan lafaz kontrakakan termaktub. Ahhh..undang-undang yang dibuatmanusia. Sentiasa menyusahkan. Takdir hidup aku esokakan ditentukan. Aku tahu bukan sahaja aku, malahHarriz lebih merasai ketakutannya. Dia terlalumencintai aku. Malah kerana cintanya itu akhirnyamemakan dirinya sendiri. Dia menghormati segalakeputusan aku kerana ikhlasnya cinta Harriz pada diriini. Keesokan harinya aku terlewat bangun. Tergopohgapah aku keluar dari bilik. Aku dapat rasakansesuatu...Harriz tiada di dalam biliknya. Begitu jugadengan kereta Harriz, tiada di luar. Aku terduduk diruang tamu. Terlalu cepat Harriz meninggalkancintanya. Tidak sempat untuk dia berkata sesuatu padaaku buat kali yang terakhir. Mungkin Harriz tidakmampu untuk berhadapan dengan aku. Kontrak perkahwinanterletak kemas di atas meja. Aku dapat lihat sepucuksampul surat berwarna biru di atas kontrak tersebut.Hati aku berdebar-debar. Semakin lama getaran didadaku semakin terasa. Tanganku menjadi sejuk.Menggigil-gigil jari jemari ini untuk menyentuh surattersebut. Lama aku perhatikan surat Harriz. Aku taksanggup nak buka kerana aku tahu segala keputusansemuanya berada di dalam baris-baris ayat surattersebut. Aku takut, namun, aku pasrah. Ia kehendakTuhan dan hati aku sendiri. Aku harus menerima segalakeputusan dengan tenang. Lagipun selama ini itulah yang aku minta pada Harrizbiarpun Harriz berat untuk melakukannya. Dengan lafazBismillah aku membuka lembaran surat tersebut danakhirnya.... "Bahawasanya saya HARRIZ BIN HASHIM dengan inimenceraikan NURUL AIN BT HAMDI dengan talak satu.Segalanya adalah mengikut kontrak perkahwinan yangtelah kami tandatangani iaitu bertarikh 30 DISEMBER2002" -HARRIZ BIN HASHIM- Dia benar-benar melakukannya...Pertama kali air matakumengalir. Aku kini bukan milik Harriz lagi. Tahniahuntuk diriku sendiri kerana permainkan undang-undangTuhan dan natijahnya aku yang terima sekarang.Ooohh..Harriz. Kenapa kau berlalu pergi begitu saja.Tiada langsung ucapan selamat tinggal yang keluar dari mulutmu.Kenapa hatimu terlalu lembut? Kenapa kau tidak memujukaku supaya jangan berpisah ? Andai ianya berlaku sudahpasti aku tak m ahu engkau meninggalkan aku. Aku mulamenyayangi dirimu Harriz.. Benih-benih cinta dan kasih dalam diriini pada Harriz sudah bercambah tapi aku tak mampuuntuk tunaskannya... **********************************************************Hampir 2 bulan selepas perceraian kami aku tidakpernah bertemu dengan Harriz. Dia menghilangkan diribegitu sahaja. Aku tidak tahu ke mana Harriz membawadiri. Sudah puas aku mencari tapi Harriz tidak jugaaku temui. Aku sudah bernekad bahawa aku mesti mencariHarriz. Aku ingin mengikat semula tali perhubungankami yang terputus. Aku telah bersumpah bahawa tiadalelaki lain selain Harriz yang boleh menjadi suamiku.Aku ingin bina semula istana cinta kami yang telah akuruntuhkan dahulu disebabkan kebodohan aku. Tapi, dimana aku nak mencari Harriz? Sudah merata tempat akupergi. Telah pelbagai cara aku lakukan namun gagal.Adakah sengaja Harriz tidak mahu berjumpa dengan aku?Terlalu besarkah dosa aku padanya? Ibu dan ayah sudah tahu mengenai perceraian aku danHariz. Mereka benar-benar terkejut dengan tindakankami pada mulanya. Ayah marahkan aku, begitu juga ibu.Aku tahu aku yang bersalah. Namun marah mereka tidaklama kerana mereka tahu takdir sudah tertulis bahawaaku dan Harriz tidak boleh kekal bersama cuma merekakesal dengan sikap dan perangai aku yang tidak pernahberubah. Aku terlalu degil dan sukar untuk dibentuk.Tapi itu dulu, sebelum kehadiran Harriz. Sekarang, akubukan seperti aku yang dulu. Harriz telah mengubahpendirian aku. Dialah punca segala-galanya. Diajugalah yang telah membuka pintu hati ini untukmengenal apa itu erti cinta, kasih, sayang dan rindu. Aku terlalu rindukan kehadiran Harriz di sisi. Cinta,kasih dan sayang pada Harriz semakin hari semakinbertambah. Nama Izham terus hilang dari ingatan aku.Dia bukanlah lelaki yang boleh dipercayai. Segalakegiatan jahatnya terbongkar apabila satu hari akuterbaca diari Harriz yang tertinggal di rumahkuselepas Harriz menghilangkan diri pada pagi yangkeramat itu. Setiap detik dan hari sudah pasti adakisah aku dan Izham di London tertulis di dalamdiarinya. Dari situlah aku tahu, Izham bukanlahseorang lelaki yang jujur. Dia banyak memainkanperasaan wanita seperti aku. Sampai sekarang Harriztidak tahu bahawa aku telah membaca diarinya. Segalaisi hatinya dan perasaannya pada aku ditulis dalamdiari itu. Barulah aku tahu memang Harriz lebihmengenali aku daripada aku mengenali diriku sendiri.Dia begitu hebat di hati aku kini. Harriz.....Di manakau sekarang... Suatu hari, aku dapat berita yang rasanya bolehmeluruhkan jantung aku di saat itu jua. Berita tentangorang yang sangat-sangat aku ingin jumpa. Akhirnyadapat juga aku mendengar berita tentang Harriz tetapimalang kerana ketika itu aku berada di luar negaramenguruskan perniagaan ayah yang ada masalah. Akumenggantikan kerja-kerja Harriz kerana Harriz bukansahaja berpisah dengan aku malah jawatannya sebagaiCEO di syarikat ayah juga turut dilepaskan. Ibu yangmenelefon aku ketika itu mengkhabarkan berita tidakbaik tentang Harriz. Harriz kini berada di wad jagaanrapi (ICU). Harriz sakit kuat sekarang. Begitulahkata-kata terakhir yang sempat aku dengar dari ibukerana perbualan kami terputus disebabkan cuaca burukdi New Zealand yang ketika itu mengalami musim sejuk.Aku tidak dapat menghubungi ibu untuk mengetahuiberita selanjutnya tentang Harriz. Aku menangissemahu-mahunya. Aku ingin pulang segera tapi semua penerbangan dibatalkan untuk beberapa harikerana cuaca buruk. Aku takut andai aku akankehilangan Harriz dan aku tak sanggup untuk mendengarberita kehilangan Harriz sekali lagi. Harriz...YaTuhan, selamatkan Harriz. Andai ada jodohku bersama Harriz, pertemukanlah kamidi bawah limpahan rahmat kurniamu... Aku tidak dapattidur lena selepas mendengar berita Harriz. Setiapwaktu yang berlalu aku terkenangkan Harriz. Bagaimanakeadaan Harriz sekarang? Jariku tidak putus asa ligatmendail nombor telefon ibu, namun tidak berjaya.Setiap saat degup jantung ini dapat aku rasakansemakin laju. Semuanya kerana mengenangkan keadaanHarriz. Mungkin sekarang Harriz amat memerlukan akuberada di sisinya tapi aku tak boleh Harriz. Kitaterpisah dengan benua dan lautan. Aku jauh darimu tapihati ini terlalu dekat padamu. Andai kau dapatmendengar suara hati ini, ingin aku katakan bahawa di saat ini aku sentiasa mendoakan agar dirimu selamatdan dijauhkan dari segala kesulitan hidup. Akhirnya malam keramat itu telah merubah takdirhidupku sekali lagi. Tidak dapat aku lupakan,bagaimana sayunya suara ibu menyampaikan berita yangpaling takut untuk aku dengar. Mungkin ini adalahbalasan Tuhan di atas keangkuhan aku memainkanundang-undang ciptaan Tuhan selama ini. Harriz...Namaitu kini hanya tinggal bayangan masa silam. Diabenar-benar telah meninggalkan aku bersamakenangannya. Harriz tidak lagi akan aku temui sampaibila-bila... "Maafkan ibu, Ain. Ibu tak dapat hubungi Ain dua hariyang lalu. Harriz sudah tiada lagi di dunia ini. Diadah tinggalkan kita semua buat selama-lamanya. Maafkanibu, ibu lambat beritahu Ain. Kanser hatinya dahsemakin merebak dalam tubuh Harriz. Dia terlalurindukan Ain tapi dia tak mampu untuk bertahan lama.Ibu benar-benar minta maaf Ain....." Kata-kata ibu tidak berupaya lagi untuk aku dengar.Aku terasa berada di awangan. Semuanya bagaikanhalilintar yang membelah bumi. Aku terduduk. Air matamengalir tanpa henti. Aku menangis dan terus menangistanpa henti. Tidak sempat untuk aku sujud di kakinya,memohon ampun dan maaf. Dosa aku terlalu banyak padaHarriz. "Maafkan Ain, Harriz. Ain bersalah pada Harriz dan Aintidak sempat untuk sujud di kaki Harriz. Maafkan Ain,maafkan Ain..." Aku menjerit sekuat hati tapi siapalahyang mampu untuk menenangkan aku di saat itu. Akukeseorangan. Ibu dan ayah tiada di sisi. Hanyasemangat Harriz yang wujud dalam diri ini tapi kiniHarriz meninggalkan aku secara tiba-tiba. Aku hilangarah tuju. Dunia dapat aku rasakan gelap. Harriz tidakpernah menceritakan pada aku tentang penyakitnya.Patutlah kata-kata Harriz malam itu aku rasakan lain.Dia benar-benar maksudkannya. Kalaulah aku tahu beginijadinya tidak akan aku bertindak bodoh untuk berpisahdengan orang yang ikhlas mencintai aku. Akan aku jagaHariz sehingga dia mengucapkan lafaz kematian dihadapan mata aku sendiri. Tapi, itu semua telahterlambat untuk dijadikan realiti dalam hidup aku.Hariz meninggalkan aku di saat-saat cinta ini telahberputik. Kepulangan aku ke bumi Malaysia tidak membawa apa-apamakna pada aku kerana orang yang ingin sangat akujumpa selama ini sudah pergi. Hanya pusara yangtinggal untuk aku lawati. Setitis demi setitis airmata ini jatuh mengalir tatkala aku sampai di pusaraHarriz. Aku dapat merasakan Harriz seakan berada disebelah aku melihat aku mengalirkan air mata keranameratapi kematiannya. Harriz, jika dapat kau dengarluahan hati ini, ingin sekali aku bermohon ampun danmaaf padamu yang tidak pernah sempat terucap di bibirini biarpun ketika kita bersama. Baru kini aku dapatmenilai erti cintamu yang mendalam terhadap diri ini.Aku terlalu angkuh dan keegoan ini telah memakan diriaku sendiri. Sepucuk surat yang terakhir kau tujukanuntukku baru kini dapatku baca. Meruntun hati ini tatkala aku membaca bait-bait puisiyang engkau karangi hanya semata-mata untukku. Akutahu aku benar-benar bersalah !!!.. Ikhlasnya cintamuitu tidak setanding dengan apa yang ada di dalam hatiini untuk aku beri. Rendahnya martabat diri ini jikakita dapat bersama. Selafaz doa aku bacakan untukmu, begitu jua jutaankemaafan aku pohon padamu Harriz... Sajak yangditujukan khas buat diri ini tidak puas akumembacanya. Sekali lagi aku menatap agar ia dapatmenenangkan aku kerana tidak dapat melihat disaat-saat pemergianmu yang tidak dirancang tapi telahditentukan Tuhan.
Sesungguhnya...syurga seorang suamiadalah ketika bersama isterinya dalam susah dansenang... Permata hati buat isteri yang disayangiNurul Ain Bt Hamdi... Dunia saya sewaktu bersama awak dirasakan amat luas....
Awak adalah anugerah Tuhan yang tak ternilai buat saya...
Biarpun cinta ini tidak pernah wujud dalam diri awak...
Namun, harapan itu tetap ada dalam impian saya
Saya sayang awak lebih dari segalanya
Saya mencintai awak dengan setulus hati
Tatkala lafaz nikah terucap di bibir ini
Memiliki awak adalah amanat yang harus saya jaga
Sebagaimana Tuhan menciptakan Adam untuk Hawa...
Namun, pemergian saya tak dirancang...Bila-bila masa sahaja nyawa ini akan menghentikan nafasnya.
Biarpun saya tiada di sisi awak lagi..
Saya harap awak tidak pernah lupa akan diri ini
yang sentiasa mencintai awak... -HARRIZ BIN HASHIM- 01 JANUARI 2003